Friday, May 4, 2012

PENTINGKAH??

Mungkin sebilangan besar bloggers sudah mengetahui tentang pemergian Allahyarham BOB KUMAN pada petang semalam. Mula-mula saya terbaca tentang artikel tersebut melalui blog Beautifulnara yang di link kan di facebook. Memula baca memang tak percaya disebabkan sebelum ini ada yang telah membuat kenyataan palsu tentang kematian Bob Kuman. Namun apabila terbaca short entry di blog Mazidul Akmal Sidek barulah saya menyakini kenyataan tersebut benar2 berlaku.

Tiba-tiba hati ini terpanggil untuk menulis entry yang boleh dikaitkan dengan Allahyarham BOB KUMAN. Bukan sahaja ditujukan khas buat Allahyarham Bob Kuman malahan sesiapa sahaja yang masih bernafas di muka bumi ini.

Pernah tak readers semua terfikir yang MUNGKIN suatu hari nanti kita juga akan jatuh sakit / ditimpa kemalangan atau apa-apa sahaja yang memerlukan beban kewangan yang tinggi untuk menampung kos hospital dan lain-lain. Masa badan tengah sihat nih mungkin ramai yang lansung tidak terfikirkan.

PERSOALANNYA, adakah anda semua sudah bersedia dengan jumlah RM yang banyak bagi menampung kos-kos perubatan yang sangat tinggi sekarang. Sebilangan besar warga Malaysia, asal hujung bulan jek poket dah kering. Itu nasib hujung bulan. Mungkin hanya menunggu 2 atau 3 hari saja lagi sebelum mendapat gaji berikutnya. Macam mana pula kalau tengah bulan RM yang perlu digunakan untuk perbelanjaan bulan tersebut hanya tinggal paras2 hidung. Ada juga sesetengah org awal bulan pon sudah pokai. Andaikata kita menerima nasib yang malang seperti Allahyarham Bob Kuman..bagaimana kita mahu menjelaskan bill2 hospital tersebut.

Sebilangan besar masyarakat kita masih beranggapan negatif tentang pelaburan INSURANCE. Tapi dengan pelaburan INSURANCE inilah yang akan membantu kita menghadapi saat2 susah dikala kita sakit dan memerlukan rawatan di Hospital yang sudah tentu menuntut kita untuk berhabisan wang beribu ringgit. Sedarlah wahai kawan-kawanku. Dengan hanya jumlah kecil yang kita bayar setiap bulan kepada INSURANCE mampu membantu kita menghadapi saat2 sukar. 

Jangan bila dah terkena baru kelam kabut mencari agen-agen Insurance. Time tuh takde sape mau layan......

Wah2..panjang berjela plak entry ini...hehehehe..actually nak pomot yang husband teman mmg boleh consult utk sesape yg berminat utk membeli Insurance. Boleh contact beliau EN AZMI di 019-652 0811

No comments:

Post a Comment