Thursday, May 10, 2012

KASIH IBU

Mood tidak keruan..hati bagai direntap-rentap..sayu dan hiba. Mungkin aku sedikit ketinggalan mendapat berita tentang kes penderaan bayi yang sangat hangat diperkatakan sekarang. Hati ibu mana yang tidak tersentuh..bayi tersebut cuma beza beberapa bulan dari Adam semasa kejadian. Air mata terasa hangat dikelopak mata menunggu untuk gugur kesekian kalinya. Yang mampu..saya doakan bayi berkenaan diserahkan kepada individu yang betul2 layak dan mampu memberikan kasih sayang sepenuh jiwa raga kepada beliau. Tidak mahu terus melayan rasa...Jom layan lagu-lagu yang baru saya upload sebentar tadi. Walau hari ibu jatuh pada 13 Mei 2012..namun ingin saya tujukan lagu di atas kepada semua ibu-ibu penyayang di dunia ini. Didiklah zuriat-zuriat kita dengan penuh tanggungjawab dan belailah mereka dengan penuh kasih sayang..Tiada harta di dunia ini yang lebih berharga melainkan MEREKA.

No comments:

Post a Comment