Wednesday, November 19, 2014

Maksud Let Down Reflex (LDR) di dalam penyusuan.

Pernah tak semasa ibu-ibu bila tengah menyusukan bayi, tiba-tiba rasa berdenyut-denyut di payudara dan susu mula menitis di payudara sebelah lagi. Pada ketika ini susu akan mengalir dengan lebih laju dan biasanya bagi bayi yang baru lahir, LDR boleh menyebabkan mereka tersedak.


Bagi ibu-ibu yang bekerja dan mengepam susu di tempat kerja, kita akan nampak susu memancut-mancut keluar semasa proses LDR berlaku. Masa tuh mood kita biasanya akan berubah lebih happy sebab cepat jek botol penuh kan :-D.

Jika si ibu yang menyusu tidak mengalami perasaan seperti ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan luar, tiada ruang private, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih ataupun sakit. Jadi, bila ibu-ibu hendak menyusukan, carilah tempat yang anda ada ruang bersendirian lebih private dan selesa.

Sebelum memulakan sesi mengepam pula, urut-urut lah payudara agar dapat mempercepatkan atau memberangsangkan let down reflex. Pam susu moden yang canggih-canggih sekarang pon sudah tersedia dengan massage technique. Pengalaman saya sekarang sebagai EP mom, saya biasanya dapat mencapai LDR yang pertama seawal 1 minit dari saat mula mengepam.

Kadang-kadang semasa mengepam ada yang dapat 2 - 3 kali let down reflex. Setiap orang mempunyai cara capai LDR yang tidak sama. Satu hint adalah apabila payudara mengeras dan terasa merenyut-renyut, sila fokus dan concentrate pada mengepam dan pada masa yang sama anda akan terasa relax dan pada ketika itu susu akan keluar dengan banyak.

Jadi, pastikan anda betul-betul mengosongkan payudara sebelum berhenti mengepam. Tempoh mengepam yang disyorkan adalah dari 15 - 30 minit.

Monday, November 17, 2014

Impian 1


Setiap orang mesti ada impian yang ingin dicapai kan? Tak kira la orang kaya mahu pon miskin. Yang miskin tentu kebanyakannya memasang impian untuk menjadi kaya-raya :-). tetapi sejauh mana kita benar-benar melaksanakan atau sekurang-kurangnya cuba melaksanakan impian tersebut?

Salah 1 impian saya adalah ingin memiliki sebuah rumah. Tengok kawan-kawan update beli rumah besar..uhhhhhh..jelesnya. Belajar dulu otak lebih kurang jek..hihi..mungkin cara dia push untuk merealisasikan impiannya itu lebih kuat dari saya. berbalik kepada impian saya tadi 'Sebiji Rumah'. kalau ikutkan standard orang keja makan gaji dengan taraf miskin bandar macam saya nih layak duduk rumah atas langit jek. Tapi dek kesiankan anak-anak yang tengah membesar, kena la bagi persekitaran yang baik untuk anak-anak kan. Lagi pon nak jugak capai impian saya ni. Sebuah rumah di atas tanah. Saya cuba submit loan dengan bantuan penyata bulanan Bonus Shaklee. Alhamdulillah. Penat-lelah selama ini berhasil. Kalau nak harapkan gaji bulanan saya, entah bila. 

Jadi, jangan takut untuk cuba mencapai impian. Apa yang perlu, push sekuat-kuatnya agar impian tersebut berada di dalam genggaman kita. See..saya memula pon tak percaya. Tapi saya ingat apa yang leader saya sentiasa sebut "Positif Thinking" apa yang kita sangka itulah yang kita akan dapat. Fikir yang baik-baik dan berusaha sepenuh hati untuk menggapai impian.


“Get going. Move forward. Aim High. Plan a takeoff. Don't just sit on the runway and hope someone will come along and push the airplane. It simply won't happen. Change your attitude and gain some altitude. Believe me, you'll love it up here.”
Donald Trump