Thursday, May 30, 2013

Saya Dan SHAKLEE

Salam semua..dah lama btol saya xbersiaran disini..dari start pregnant lagi penyakit M datang menyerang..sehingga la skrg baby dah berusia 4 bulan. Alhamdulillah saya masih diberi rezeki dan peluang untuk menyusukan Afeef Irfan sehingga ke hari ini.

Kali nih saya nak share produk yang saya ambil semasa berpantang 3 bulan lepas. Masa dah masuk stage 3 pregnancy, normally ibu-ibu pasti dah tercari2 set berpantang apa yg ingin diambil nanti. Masa berpantang kali pertama saya ambil set berpantang yang agak traditional walau dibungkus dengan cara yang moden. Tapi mungkin tak sesuai dengan tubuh saya dan cara penyediaan yang agak leceh, set berpantang tersebut masih berbaki separuh. Badan masih terasa lemah dan tidak bertenaga. Bila start keja..saya mengadu kepada seorang teman rapat yg saya mengalami masalah production susu kurang dan badan yg sangat keletihan akibat tidak cukup tidur. Sahabat tersebut telah memperkenalkan saya kepada seorang teman beliau yang menjual produk kesihatan Shaklee. Tanpa berfikir panjang saya terus membeli produk untuk banyakkan susu badan sebab di dalam hati masih berniat untuk susukan Adam semampu yang boleh.

Lepas mencuba set tersebut saya dapati badan kembali bertenaga dan cergas walau di malam hari berjaga bagaikan burung hantu. Namun akibat tidak cukup ilmu penyusuan dan malas untuk mengepam serta kurang minum air, saya hanya berjaya menyusukan Adam sehingga beliau 3 bln sahaja. Sedih memang sedih..

Bila saya mengandungkan afeef..awal2 lagi saya sudah tekadkan didlm hati untuk fully bf..no more campur2 susu..Awal2 saya dah contact Independent Distributor Shaklee tersebut bertanyakan set berpantang nanti. Alhamdulillah selama sebulan mengamalkan set berpantang Shaklee..susu saya memang banyak dan badan juga bertenaga tidak seperti pengalaman anak pertama. Yang paling saya suka..Kulit saya semakin cerah, tumit kaki merekah hilang dalam tempoh seminggu, rambut semakin lebat dan jeragat semakin pudar.

Alhamdulillah..saya amat2 bersyukur dengan rezeki Allah ini dan amat2 berterima kasih kepada sahabat saya Hasmona kerana telah memperkenalkan saya dengan Nabiha Yunos yang sekarang ini sudah pon menjadi UPLINE saya.

Kepada kawan-kawan atau ibu-ibu yang sedang mengalami masalah penyusuan atau ibu-ibu yang tengah mengandung dan berniat untuk menyusukan anak sepenuhnya..saya sedia membantu. Nak2 bulan RAMADHAN bakal menjelma..semoga kita tetap berjaya menyusukan anak tanpa ada masalah didalam mengerjakan ibadah puasa..INSYAALLAH.

Saya sharekan gambar baby Afeef Irfan semasa lahir yang hanya seberat 2.89kg.


Ini pula gambar terkini baby afeef. Berat belau sudah mencecah 7kg ;-D



Set SHAKLEE yang saya ambil ketika berpantang:-



 Ini pula set PENYUSUAN SHAKLEE yang saya amalkan sekarang:-


Kepada kawan-kawan dan ibu-ibu di luar sana..jangan segan silu untuk berkongsi masalah anda...saya sedia membantu. ENJOY BREASTFEEDING....

Shaklee Independent Distributor
Iliawati Ramazan (Ilia)
019-658 0811