Tuesday, April 15, 2014

Kaki Kejang Ketika Hamil? Apakah Punca dan Cara untuk Mengatasinya?


Seringkali kita terdengar beberapa rungutan ibu-ibu hamil yang mengalami kekejangan kaki pada waktu malam. Kekejangan kaki / betis sering berlaku semasa trimester kedua dan ketiga. Ianya dikatakan berlaku kerana terdapat asid yang terkumpul di dalam serat otot kaki kita. Kekejangan ini seringkali menyerang sewaktu kita dalam keadaan tidur. Ianya bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila waktu tidur lena kita dikejutkan dengan kesakitan yang berlangsung beberapa minit.

Secara teorinya apakah punca berlaku kekejangan (cramp) kaki / betis ini ?
  1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium di dalam darah. Sepertimana yang kita tahu, sewaktu mengandung / hamil, kita seringkali mengalami kekurangan nutrien sekiranya kita tidak menjaga permakanan berikutan kita berkongsi nutrient bersama si manja yang berada di dalam kandungan. Nutrien yang dikongsi akan diambil dan menyebabkan ibu memerlukan lebih nutrien sewaktu hamil.
  2. Uterus (rahim) yang semakin membesar sejajar dengan perkembangan si manja di dalam kandungan, situasi ini memberikan tekanan kepada salur darah besar pada kaki kita.
  3. Perubahan hormon ketika hamil iaitu progesterone, kadang kala memberi kesan kepada otot kaki kita semasa hamil.
  4. Perut yang semakin membesar dan bebanan berat yang semakin meningkat ketika hamil juga membuatkan otot kaki kita lebih cepat letih sekiranya berdiri dan berjalan lebih lama.

Bagaimana cara untuk melegakan kesakitan apabila mengalami kekejangan seperti ini?
  • Buat regangan kaki (stretching) dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Kesakitan akan beransur kurang.
  • Bantuan suami boleh diminta dengan mengurut otot yang kejang tadi.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Cara untuk mencegah atau mengelakkan berlakunya kekejangan kaki boleh dilakukan seperti berikut;
1.    Lakukan senaman ringan / regangan kaki sebelum tidur bagi memastikan peraliran darah serta kaki dalam keadaan lebih istirehat. Antara senaman ringan yang boleh dilakukkan ialah;
a.    Senaman Regangan Betis – berdiri satu meter (1m) daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan rapat ke dinging serta pastikan tapak kaki benar-benar melekap di lantai. Tahan selama lima saat dan ulang selama lebih kurang lima minit. Lakukan beberapa kali sehari bagi meregangkan betis.
b.   Senaman Tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki menjurus ke bawah lantai dan bergilir membengkokkan kaki ke atas selama 30 kali. Lakukan secara perlahan-lahan dan pastikan posisi anda alam keadaan selamat.
2.    Tidur dengan posisi yang tidak memberikan tekanan kepada otot betis seperti;
a.   Gunakan bantal untuk menyokong tapak kaki anda ketika tidur melentang.
b.      Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
3.    Mandi dengan air suam atau rendamkan kaki dengan air suam selepas penat bekerja sepanjang hari.
4.    Minum air mencukupi setidak-tidaknya 6-8 gelas sehari, begitu juga sebelum tidur.
5.  Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan amalkan pemakaian kasut yang sesuai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.
6.     Perbanyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium dan magnesium seperti pisang dan produk-produk tenusu.
 
Selepas kita mengetahui punca dan cara mengatasi masalah kekejangan kaki ini, kita hendaklah memastikan diri kita dalam keadaan sihat, tenang dan sentiasa mengamalkan diet yang seimbang serta minum yang mencukupi. Kehamilan ini merupakan saat yang indah kerana kita membawa permata hati yang semakin sihat membesar di dalam perut kita yang dibawa bersama-sama selama sembilan (9) bulan lebih. Kita hendaklah memastikan kesihatan dan keselesaan ketika hamil dititikberatkan bagi memastikan waktu hamil ini merupakan satu saat yang terindah dan memberikan 1001 cerita yang penuh kesyukuran.
Sekiranya ibu-ibu diluar sana mencari apakah produk yang boleh membantu memberikan sumber kalsium dan magnesium tambahan kepada anda ketika hamil, SHAKLEE ada menawarkan produk yang diberi nama OSTEMATRIX. Ostematrix boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda, Dengan sebiji tablet ostematrix ianya bersamaan dengan segelas susu tinggi kasium atau bersamaan 80 biji buah badam.




Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk natural dari Shaklee, boleh hubungi saya di:-


Ilia Ramazan ( ID|927006 ) 
FB Page : Green NutreeShop
Tel/sms/whatsapp : 019-658 0811
COD : Shah Alam, Klang & Petaling Jaya.