Saturday, May 19, 2012

AKU HIGHWAY DAN BANGUNAN

Tajuk memang tak boleh blah..hahaha..actually kali nih aku nak meluahkan perasaan yang dah terbuku sejak sekian lama. Aku dan highway memang tak boleh dipisahkan. Sebut saje la highway mane pon..tapi yang paling tepat sepatutnya adalah aku vs traffic jammed. Hmmmm..Traffic jammed di highway nih memang dah sebati dalam diri aku since aku single-mingle lagi. Mana taknye..keje kat batu caves aku dok menyewa kat Serdang..pastu bila pindah keje kat Petaling Jaya, Showroom VW Cars depan Federal Highway tuh aku stay kat Batu Caves Pulak. Makanye, tetiap hari aku tersepit, dihimpit dan berasak-asak di laluan highway yang sangat la sesak.

Dulu lepas kawin aku dan suami bermastautin di Damansara. Walaupon Highway masih jugak sesak tapi tak ler lama disebabkan ofis tempat aku keje juga terletak di Damansara. Most of the time kalo aku stress time nak balik keje, aku akan menyinggah ke Tesco or The Curve or Ikea of Cineleisure Mall atau yang paling aku suke masuk adalah Padini di Ikano Power Centre. Bile highway dah makin reda and siang dah bertukar malam barulah aku melangkah pulang ke rumah.

Lepas habis pantang, aku ngan suami decided nak bagi mak dia jaga Adam. Jadinye takkan pepagi aku nak hantar Adam ke Shah Alam then patah balik ke Damansara. Balik plak kena amik dia di Shah Alam pastu patah balik ke Damansara. Kalo tetiap hari cenggitu alamatnya hari2 aku akan dihabiskan di atas Highway sahaja. Makanye kami pon berpindah ke Shah Alam. Bermula la episod baru dalam hidup aku. Tetiap hari meredah NKVE ke tempat kerja. sesaknye jangan cakap la. Balik plak aku suke ikut LDP sbb aku rasa dua2 highway sama jek sesaknye. Kekadang pernah smpi 3 jam aku terperangkap kat atas LDP nun. Kenderaan yang bergerak lebih perlahan dari siput khinzir yang berlari. Huh..mencabar kesabaran btol. Kekadang aku terpikir sampai bila la aku nak menyeksa kaki aku menekan clutch keta manual tuh smpi kekejangan dan sakit urat..harus ada perubahan selepas ini.

Hampir 2 tahun aku jadi pengguna setia kedua2 lebuh raya nih. Ada 1 benda jugak yang buat aku kagum. Pengguna2 LDP mesti perasaan ada bangunan baru yang sangat besar masih dalam proses pembinaan tersergam indah di sebelah kanan laluan dr Damansara nak ke Kelana Jaya, betul-betul bertentangan dengan Giant Kelana Jaya. Seingat aku baru saje tiang-tiang bangunan itu dicacakkan..Tup-tup dah nak launch pon bangunan tuh. Wah..bertapa pantasnya pembangunan di Bandaraya sekarang.


Gambar dari sumber Mr Google. Gambar atas sekadar lakaran reka bentuk dan persekitaran bangunan. Gambar bawah pulak realiti bangunan tersebut. Suami aku suka dengan design dan reka bentuk bangunan tersebut. Tapi aku macam rasa bersepah sikit design  luar dia..mungkin sebab belum siap sepenuhnya lagi. Kalau tak silap bangunan ini akan di buka pada 23 Mei ini. Mungkin nanti ia akan jadi salah 1 destinasi untuk aku dan kawan2 pegi shopping di waktu lunch ;-)





No comments:

Post a Comment