Thursday, May 31, 2012

AKU DAN BLOG

Sudah hampir sebulan aku menjerumuskan diri di dalam dunia blogging ini. Pengikut hanya 3 ketul iaitu sahabat-sahabat baikku. Masih malas mahu meninggalkan jejak di blog sesawang yang lain. Kalau ada sesuatu yang menarik selepas ini pasti akan aku kongsikan dengan pembaca-pembaca yang lain. So, peace no war!!! cheers :-D

Wednesday, May 30, 2012

HUJUNG BULAN

Macam dah lama tak update blog nih. Normal duty kalau masuk pertengahan ke hujung bulan adalah memproses OT budak-budak site yang bekerja di company nih secara MANUAL. Total +- adalah 200 orang. Sila pengsan yer kawan-kawan. Minggu gaji adalah minggu stress. Jadi jangan la ada sesapa cuba mengganggu HR Deparment time2 ini. Nak2 hanya saya dan Mags yang bekerja di bahagian HR. Harap-harap masih banyak kesabaran untuk saya meneruskan perjuangan di sini.


Kadang-kadang terpikir sampai bila saya harus begini. Penghijrahan mungkin satu perubahan yang terbaik. Kita tengok nanti macam mana yek..hehe..

Saturday, May 19, 2012

ADAM ISYRAFF - 8 MONTHS ++

Dah besar budak kecik nih. Sekejap jek masa berlalu. Bila tengok member opis yang tengah pregnant sekarang, teringat last year masa tengah pregnantkan si Adam. Pastu keinginan nak pregnant lagi terus membuak-buak..wah..wah..tak hengat2 ko ilia..si kenit tuh baru 8 bulan hokeyyy..tapi kalau Allah bagi rezeki cepat, saya akan terima dengan hati yang sangat gembira. Insyaallah, setiap anak yang hadir membawa rezeki sekali. Betul tak cik puan Elly???

Sekarang budak kecik nih dah pandai macam-macam. Tapi yang paling ketara adalah nampak benor dia menurun perangai saya. Baran+jenis tak reti sabar.Awat la hang tak ikut perangai ayah hang yang penyabaq tu adam oiii..Tapi xpe la..ragam budak-budak nih berubah-ubah mengikut usia kan. Janji dia sihat dan membesar dengan baik, itu dah cukup memuaskan hati saya.

Sekarang kalau kita bagi barang untuk dia pegang, jangan la ada sesapa cuba nak amik barang tuh balik. Memang habis diamuknya. Balik keje semalam bawak dia sekali pergi beli susu. Amboi-amboi, tangan tuh dok la terkapai-kapai nak mencapai barang. Tapi itu menunjukkan perkembangan Adam adalah positive bagi baby seusianya.


 Perjalanan pulang dari Semanggol ke Shah Alam. Masuk jek highway terus zzzzzzzzzzzzz

 Lena dibuai mimpi disiang hari.

 Penat memikirkan masalah negara sehingga tertidur.

PART TIME AKA SIDE INCOME

Saya tahu ramai kawan-kawan di luar sana yang bekerja full time disamping membuat kerja part time jika ada kesempatan. Saya juga tidak terkecuali. Saya didedahkan dengan kerja part time nih sesudah selesai pengajian di UPM dulu. Masa tuh ada kekosongan untuk part time data entry di Motortrader.

Apa yang saya perlu lakukan hanyalah menaip description tentang model-model kereta yang hendak diiklankan di dalam majalah tersebut. Bayaran adalah sebanyak RM0.80/pc. Kalau cepat kita menaip banyaklah bayaran yang akan kita terima. Waktu kerja adalah setiap hari isnin selepas kerja full time. Normally we arrived there about 8.00pm. Masa tuh opis MTM beroperasi di Amcorp Mall PJ.Saya masih ingat masa tu Manager untuk Production kiteorg panggil Kak Noni. Dia agak kelakar orangnye dan bermulut Murai..heheh.. Yang tak bestnye kalau ada typo error upah akan ditolak mengikut mistake yang kita buat. Kalau tersalah taip perkataan tuh boleh la dimaapkan lagi. Tapi kalau dah tersalah taip Tel No..huh..saya pernah kena potong RM50 hengget sekaligus sebab tersalah taip Tel no. memang lepas insiden tuh saya merajuk tidak mahu pergi menaip lagi. Tapi selang beberapa issue saya datang balik sebab memerlukan wang tambahan..hehehe ;-)

Tapi, semenjak opis MTM berpindah ke Mid Valley and Management dia jadi semakin tak best saya decided untuk berhenti di situ sahaja. Kalau dah parking pon berhengget-hengget. Baik saya dok umah diam-dia saje. Tak berbaloi plak nak keje sane. Hahahaha..alasann.

Hujung tahun 2008 saya contact balik geng rapat saya di MTM. Katanya ada kosong lagi sorang untuk part time data entry di On The Road Magazine. Jadi for sure la saya org yang paling layak untuk memangku tugas tersebut..echeche..angkat bakul tak sudah-sudah. 1st day saya masuk saya tengok muka sorang-sorang. lah..kebyakkannya muka-muka yang saya kenal di MTM dulu. di OTR quiet better dari MTM..Upah pon lagi masyuk. Dengan keje hanya 4 hari sebulan  average side income saya adalah RM700.00 sebulan. Sape nak bagi kalau dok diam-diam saje kat umah kan. Geng2 pon best2 + kepala gila2. Cuma yang letihnye sebab kena kerja sampai lewat pagi.

See..Model kereta yang sama tapi dari majalah yang berlainan. Design pon lebih kurang sama jek sebab designer dia dulu datang dari MTM jugekkkk..

Unfortunately, Panas tidak hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. OTR mengalami masalah dalaman dan kami part time data entry tidak diperlukan lagi. Tapi saya sempat juga berkhidmat selama 2 tahun lebih di sana. Jadi apakah yang saya buat sekarang?????? Disebabkan gaji saya nih idok ler besar dan di tambah dengan ahli kelab baru yang cilik bernama Adam Isyraff, jadi saya masih memerlukan pendapatan tambahan. Alhamdulillah saya diperkenalkan dengan 1 Bisnes oleh pemilik blog ini Kak Sue . Ini bukan bisnes jual-beli yek..ini adalah kerja sebagai respondent untuk Research Company. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah perlu memenuhi kriteria2 yang diperlukan dan menghadirkan diri untuk sesi perbincangan atau temubual yang hanya berlansung selama 1.5 ke 2 jam sahaja. Bergantung kepada bayaran. Disamping duduk berceloteh dan menyuarakan pendapat, saya boleh melantak juadah yang turut disajikan. hahaha. Token yang diberi dari RM100.00 keatas. Tapi paling byk saya dapat pon RM180.00 untuk sesi perbincangan. Bukan susah pon just buang air liur dapat RM. Sape nak bagi kalau dok diam2 jek kat umah. Dan kalau bernasib baik boleh pegi untuk 2 sesi perbincangan dalam 1 bulan. Okey kan..


AKU HIGHWAY DAN BANGUNAN

Tajuk memang tak boleh blah..hahaha..actually kali nih aku nak meluahkan perasaan yang dah terbuku sejak sekian lama. Aku dan highway memang tak boleh dipisahkan. Sebut saje la highway mane pon..tapi yang paling tepat sepatutnya adalah aku vs traffic jammed. Hmmmm..Traffic jammed di highway nih memang dah sebati dalam diri aku since aku single-mingle lagi. Mana taknye..keje kat batu caves aku dok menyewa kat Serdang..pastu bila pindah keje kat Petaling Jaya, Showroom VW Cars depan Federal Highway tuh aku stay kat Batu Caves Pulak. Makanye, tetiap hari aku tersepit, dihimpit dan berasak-asak di laluan highway yang sangat la sesak.

Dulu lepas kawin aku dan suami bermastautin di Damansara. Walaupon Highway masih jugak sesak tapi tak ler lama disebabkan ofis tempat aku keje juga terletak di Damansara. Most of the time kalo aku stress time nak balik keje, aku akan menyinggah ke Tesco or The Curve or Ikea of Cineleisure Mall atau yang paling aku suke masuk adalah Padini di Ikano Power Centre. Bile highway dah makin reda and siang dah bertukar malam barulah aku melangkah pulang ke rumah.

Lepas habis pantang, aku ngan suami decided nak bagi mak dia jaga Adam. Jadinye takkan pepagi aku nak hantar Adam ke Shah Alam then patah balik ke Damansara. Balik plak kena amik dia di Shah Alam pastu patah balik ke Damansara. Kalo tetiap hari cenggitu alamatnya hari2 aku akan dihabiskan di atas Highway sahaja. Makanye kami pon berpindah ke Shah Alam. Bermula la episod baru dalam hidup aku. Tetiap hari meredah NKVE ke tempat kerja. sesaknye jangan cakap la. Balik plak aku suke ikut LDP sbb aku rasa dua2 highway sama jek sesaknye. Kekadang pernah smpi 3 jam aku terperangkap kat atas LDP nun. Kenderaan yang bergerak lebih perlahan dari siput khinzir yang berlari. Huh..mencabar kesabaran btol. Kekadang aku terpikir sampai bila la aku nak menyeksa kaki aku menekan clutch keta manual tuh smpi kekejangan dan sakit urat..harus ada perubahan selepas ini.

Hampir 2 tahun aku jadi pengguna setia kedua2 lebuh raya nih. Ada 1 benda jugak yang buat aku kagum. Pengguna2 LDP mesti perasaan ada bangunan baru yang sangat besar masih dalam proses pembinaan tersergam indah di sebelah kanan laluan dr Damansara nak ke Kelana Jaya, betul-betul bertentangan dengan Giant Kelana Jaya. Seingat aku baru saje tiang-tiang bangunan itu dicacakkan..Tup-tup dah nak launch pon bangunan tuh. Wah..bertapa pantasnya pembangunan di Bandaraya sekarang.


Gambar dari sumber Mr Google. Gambar atas sekadar lakaran reka bentuk dan persekitaran bangunan. Gambar bawah pulak realiti bangunan tersebut. Suami aku suka dengan design dan reka bentuk bangunan tersebut. Tapi aku macam rasa bersepah sikit design  luar dia..mungkin sebab belum siap sepenuhnya lagi. Kalau tak silap bangunan ini akan di buka pada 23 Mei ini. Mungkin nanti ia akan jadi salah 1 destinasi untuk aku dan kawan2 pegi shopping di waktu lunch ;-)





Wednesday, May 16, 2012

NAJWA LATIF FEAT ZIZAN - CINTA MUKA BUKU

Untuk menghiburkan hati jom kita layan video di bawah. Boleh pecah perut tengok gelagat Zizan.


Tuesday, May 15, 2012

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT

Semenjak lahir saya membesar di daerah kecil ini. Di sinilah tempat bermain, tempat terjatuh, tempat mula-mula menimba ilmu pengetahuan, tempat mengenal alam remaja. Segala-galanya di sini. Saya masih ingat lagi semasa kecil mak ada membawa saya ke sawah untuk mengajar bagaimana susah dan peritnya beliau mencari nafkah demi memberi sesuap nasi kepada kami adik-beradik dan bagaimana lelahnya abah mencari nafkah demi melihat kami adik beradik menjejakkan kaki ke menara gading. Kata abah di suatu hari, Abah tak berjaya mencapai impian abah jadi abah mahu anak-anak abah menggapai impian tersebut. Bukan abah tidak mahu cuma arwah tok wan tidak mampu ketika itu untuk memberikan pelajaran yang terbaik kepada abah. Kata Emak, Abah teringin nak masuk Inggeris School tapi Arwah terpaksa membantu Pak Anjang yang ketika itu melanjutkan pengajian di Al-Azhar Mesir. Jadi Abah berkorban. Abah berhenti sekolah dah hidup berdikari.

Itu cerita dulu. Kini daerah kecil ini sudah jauh berubah. Sudah jauh mengejar arus kemodenan.Saya masih ingat ketika kecil berkesempatan merasa keenakan  telur ikan yang banyak dijual di Kolam Bukit Merah ini. Dan saya masih ingat ketika usia menginjak 15 tahun Abah melarang sama sekali kami adik beradik menjejakkan kaki kesawah kerana Lintah si penghisap darah telah memasuki laluan tali air ke sawah2 disegenap pelusuk kampung. 

Itu cerita dulu. Tiada lagi keenakan telur ikan Kolam Bukit Merah. Malahan baru2 ini apabila berkesempatan pulang ke kampung, saya lihat Landasan Keretapi yang merentasi Kolam Bukit Merah sudah pon siap dibina sepenuhnya. Mungkin hanya menunggu kelulusan penuh dari kerajaan untuk digunakan. Saya sempat membawa Adam menikmati pemandangan di Bukit Merah Lake Town Resort. Mungkin sekarang dia belum mengerti apa-apa. Tapi, bila besar nanti saya tetap mahu dia menghargai daerah di mana Tokwan, Tok dan saya pernah membesar suatu masa dahulu.










Monday, May 14, 2012

ADAM'S EXPLORED A NEW EXPERIENCE

09.05.2012 Adam check for 8 months. Alhamdulillah budak kecik nih sihat walafiat. Actuallay saje buat follow up check up dengan goverment even masa 6 bulan amik imunisasi kat Private Clinic. Goverment is more details kalau bab2 penjagaan kanak-kanak nih. Aku rasa la..Tapi Private2 Hospital yang besar2 pon memang take serious bab penjagaan kesihatan cuma RM nye pon kena sediakan yang besar2 la. Untuk kami yang dua2 keja company swasta kecik nih mmg xmampu la nak menyediakan RM lebih. Pilihan yang ada hanyalah Goverment.

Selesai check up lebih kurang jam 11.00am. Aku yang memang dari awal applied 1 day leave tetiba teringin nak menyibuk ikut suami buat keja kat KL. Jumpe cousin dia pon untuk insurance sikecik Qayyum. Alang-alang nak kesana bleh la lunch Asam Pedas Ikan Merah stail Negeri 9 yang mmg mabelessss. Mak Teh iaitu Ibu saudara kepada suami mmg meniaga makanan kat area Kg Baru. R.A Nasi Lemak mmg agak femes bagi penggemar2 nasik lemak di area sana. Saje tolong promote..hehe..

Since Adam menginjak keusia 8 bulan nih dia dah makin kenal org2 yg terdekat dengan dia. Kalau sebelum nih dia xkesah sesapa pon dukung..tp sekarang jangan harapla..bleh plak dia main pilih2 sesapa yg dia suka..kalo dia xberkenan dengan org tuh mula la cebik2 mukanya..nasib tak baik high tune suara dia kasik..haha..

 Memula macam terpinga-pinga bila letak dia dalam walker Qayyum

 Selepas itu lansung dah xpeduli bila org panggil nama dia

 Layan kartun sekejap..

Terlalu asyik smpi dah tak pandang keliling.


Ini pula kisah 2 hari lepas dan semalam:-


xtvt every weekend adalah menemani mama ke pasar membeli barang2 keperluan dapur. Tak lupe juge brg2 utk masak mamam adam ;-)
































1st time duduk dalam baby chair..Nanti kite survey baby chair kat IKEA yek..



 Muke cuak sbb 1st time nak trim rambut kasik pendek sikit.

 Hasilnye....bertambah hensemmm dak tecik nih..hehe ;-D


LUNCH DI RUMAH

Ini lauk 2 minggu lepas..2 kali masak kerang masak lemak cili padi yang digoreng sehingga agak kering  di dalam kuali. Agak pedas & sangat menyelerakan. Ayam sebagai pengganti ikan dimasak 3 rasa. Ada lebihan nenas yang dibeli dari kampung semasa pulang bercuti ke kampung tempoh hari. Jom layan gambar2 yang di ambil.

 Ayam masak 3 rasa.


Kerang masak lemak cili api (Masih berasap lagi..nyummyyyy)

Thursday, May 10, 2012

UNGU - DOA UNTUK IBU




Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
Takkan pernah terbalaskan
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Hangat dalam dekapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernah terlupakan
Reff:
Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan
Oh ibu semoga tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku
Repeat reff
Ooohh putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku

KASIH IBU

Mood tidak keruan..hati bagai direntap-rentap..sayu dan hiba. Mungkin aku sedikit ketinggalan mendapat berita tentang kes penderaan bayi yang sangat hangat diperkatakan sekarang. Hati ibu mana yang tidak tersentuh..bayi tersebut cuma beza beberapa bulan dari Adam semasa kejadian. Air mata terasa hangat dikelopak mata menunggu untuk gugur kesekian kalinya. Yang mampu..saya doakan bayi berkenaan diserahkan kepada individu yang betul2 layak dan mampu memberikan kasih sayang sepenuh jiwa raga kepada beliau. Tidak mahu terus melayan rasa...Jom layan lagu-lagu yang baru saya upload sebentar tadi. Walau hari ibu jatuh pada 13 Mei 2012..namun ingin saya tujukan lagu di atas kepada semua ibu-ibu penyayang di dunia ini. Didiklah zuriat-zuriat kita dengan penuh tanggungjawab dan belailah mereka dengan penuh kasih sayang..Tiada harta di dunia ini yang lebih berharga melainkan MEREKA.

SHEILA MAJID - LAGENDA




Sejuta bintang di angkasa
Sinarnya mempesona
Sebutir bintang di taman seni
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama takkan pudar

Tetap jelas di ruang mata

Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada budaya
Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan

Kaulah satu satunya

Di antara berjuta
Insan teristimewa

Patah tak tumbuh lagi

Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kaulah satu satunya

Di antara berjuta
Insan teristimewa

Kau kebanggaan kita

Kau budayawan bangsa
Engkau... lagenda

ASTRID - TENTANG RASA




Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

DRAMA BAND - CERITA DIA




Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya...

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...
Ooo...ooo..ooo

Rela ku tunggu
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...Saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku...
Tak bernyawa lagi...

Saat ini..
Rela ku tunggu
jawapanmu...

Masihkah aku ada
Dihatimu...
saat ini….(3x)

Tuesday, May 8, 2012

GRILL LAMB & SIDE DISHES

Alkisah di suatu petang di dalam perjalanan pulang ke rumah menyusuri laluan yang sangat jammed di LDP dengan perut berkeroncong mintak diisi. Daku sibuk memikirkan menu apa yang hendak dimasak untuk diner malam nanti sambil otak ligat membayangkan menu-menu yang sedap2.

Isteri : Kak sue cakap ada steamboat murah kat Seksyen 7

Suami : Apa nama kedai steamboat tuh?

Isteri : Ntah..dia pon xtahu..lagi 1 burger yang daging sedap2 & juicy mcm dalam jalan-jalan cari makan tuh boleh dapat kat area seksyen 7 gak.

Suami : Owh..mmg ada org bgtau burger tuh ada kat ctu..seksyen 7 mmg byk tmpt makan.

Isteri : Sedapnye kalau dapat mkn stemboat or burger yg sedap2 tuh..tp tekak nih rasa nak mkn seafood or daging2 grill cicah air asam..buat Grill Lamb pon best gak nih....

Suami : Hah..ok gak tuh..pastu awk buat potato salad sekali...

Isteri : Saya up kan sekali ngan Grill seafood memandangkan haiwan2 tersebut masik byk di dalam peti ais..

Hasilnya, inilah diner kami semalam..murah dan mengenyangkan..actually dulu saya mmg xsuka lansung makan kambing..baunya saja sudah buat selera saya mati..sejak mkn kambing bakar di salah 1 even VW Cars dulu..baru tekak saya makin menyukai rasa daging tersebut.



Monday, May 7, 2012

PERANGAI OWH PERANGAI

 Bila kebosanan melanda, mulala perangai yang bukan-bukannya keluar.

 Dan ini....

 Dan ini juga..udah macam janggut kambing dah dibuatnya puting itu...

 Melayan perasaan sebelum tido...

 Masih ada hati mahu bermain walaupon sudah beratus kali menguap..

Hasilnye..beginilah jadinya...Budak kecik yang dah makin banyak ragamnye...

Friday, May 4, 2012

PENTINGKAH??

Mungkin sebilangan besar bloggers sudah mengetahui tentang pemergian Allahyarham BOB KUMAN pada petang semalam. Mula-mula saya terbaca tentang artikel tersebut melalui blog Beautifulnara yang di link kan di facebook. Memula baca memang tak percaya disebabkan sebelum ini ada yang telah membuat kenyataan palsu tentang kematian Bob Kuman. Namun apabila terbaca short entry di blog Mazidul Akmal Sidek barulah saya menyakini kenyataan tersebut benar2 berlaku.

Tiba-tiba hati ini terpanggil untuk menulis entry yang boleh dikaitkan dengan Allahyarham BOB KUMAN. Bukan sahaja ditujukan khas buat Allahyarham Bob Kuman malahan sesiapa sahaja yang masih bernafas di muka bumi ini.

Pernah tak readers semua terfikir yang MUNGKIN suatu hari nanti kita juga akan jatuh sakit / ditimpa kemalangan atau apa-apa sahaja yang memerlukan beban kewangan yang tinggi untuk menampung kos hospital dan lain-lain. Masa badan tengah sihat nih mungkin ramai yang lansung tidak terfikirkan.

PERSOALANNYA, adakah anda semua sudah bersedia dengan jumlah RM yang banyak bagi menampung kos-kos perubatan yang sangat tinggi sekarang. Sebilangan besar warga Malaysia, asal hujung bulan jek poket dah kering. Itu nasib hujung bulan. Mungkin hanya menunggu 2 atau 3 hari saja lagi sebelum mendapat gaji berikutnya. Macam mana pula kalau tengah bulan RM yang perlu digunakan untuk perbelanjaan bulan tersebut hanya tinggal paras2 hidung. Ada juga sesetengah org awal bulan pon sudah pokai. Andaikata kita menerima nasib yang malang seperti Allahyarham Bob Kuman..bagaimana kita mahu menjelaskan bill2 hospital tersebut.

Sebilangan besar masyarakat kita masih beranggapan negatif tentang pelaburan INSURANCE. Tapi dengan pelaburan INSURANCE inilah yang akan membantu kita menghadapi saat2 susah dikala kita sakit dan memerlukan rawatan di Hospital yang sudah tentu menuntut kita untuk berhabisan wang beribu ringgit. Sedarlah wahai kawan-kawanku. Dengan hanya jumlah kecil yang kita bayar setiap bulan kepada INSURANCE mampu membantu kita menghadapi saat2 sukar. 

Jangan bila dah terkena baru kelam kabut mencari agen-agen Insurance. Time tuh takde sape mau layan......

Wah2..panjang berjela plak entry ini...hehehehe..actually nak pomot yang husband teman mmg boleh consult utk sesape yg berminat utk membeli Insurance. Boleh contact beliau EN AZMI di 019-652 0811

Thursday, May 3, 2012

03.05.2012

Salam semua,

03.05.2012 apa kena tarikh ini dengan diri saya. Sempena tarikh inilah saya tetiba berkeinginan untuk membuat blog sendiri. Sebenarnya dah lama teringin nak berkecimpungan dalam dunia bloggers nih. Almaklumlah..kalau ada masa lapang..selalu sangat dok baca blog2 kengkawan yang lain. Kengkadang terlalu asyik sehingga mengabaikan tugas-tugas yang lain.

Kalau diikutkan saya rasa masa saya sangat terhad. Dengan menguruskan anak yang masih kecil. Hal2 rumah tangga. Kerja opis yang sentiasa bertimbun. Ulang alik dari rumah ke tempat kerja melalui NKVE atau LDP dari Shah Alam ke Damansara pon susah membazir masa melebihi 1 jam setiap hari. Tetapi, demi 03.05.2012 akan kutekadkan hati meneruskan penulisan di dalam blog baru ini. Ecehhhh..harap2 blog ini tak terkubur separuh jalan sahaja.

Actually 03.05.2012 adalah tarikh lahir diriku yang ke.........hehehehe. Insyaallah kita akan berkongsi lagi dengan cerita2 yang lain. Stay tune ;-D