Tuesday, May 15, 2012

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT

Semenjak lahir saya membesar di daerah kecil ini. Di sinilah tempat bermain, tempat terjatuh, tempat mula-mula menimba ilmu pengetahuan, tempat mengenal alam remaja. Segala-galanya di sini. Saya masih ingat lagi semasa kecil mak ada membawa saya ke sawah untuk mengajar bagaimana susah dan peritnya beliau mencari nafkah demi memberi sesuap nasi kepada kami adik-beradik dan bagaimana lelahnya abah mencari nafkah demi melihat kami adik beradik menjejakkan kaki ke menara gading. Kata abah di suatu hari, Abah tak berjaya mencapai impian abah jadi abah mahu anak-anak abah menggapai impian tersebut. Bukan abah tidak mahu cuma arwah tok wan tidak mampu ketika itu untuk memberikan pelajaran yang terbaik kepada abah. Kata Emak, Abah teringin nak masuk Inggeris School tapi Arwah terpaksa membantu Pak Anjang yang ketika itu melanjutkan pengajian di Al-Azhar Mesir. Jadi Abah berkorban. Abah berhenti sekolah dah hidup berdikari.

Itu cerita dulu. Kini daerah kecil ini sudah jauh berubah. Sudah jauh mengejar arus kemodenan.Saya masih ingat ketika kecil berkesempatan merasa keenakan  telur ikan yang banyak dijual di Kolam Bukit Merah ini. Dan saya masih ingat ketika usia menginjak 15 tahun Abah melarang sama sekali kami adik beradik menjejakkan kaki kesawah kerana Lintah si penghisap darah telah memasuki laluan tali air ke sawah2 disegenap pelusuk kampung. 

Itu cerita dulu. Tiada lagi keenakan telur ikan Kolam Bukit Merah. Malahan baru2 ini apabila berkesempatan pulang ke kampung, saya lihat Landasan Keretapi yang merentasi Kolam Bukit Merah sudah pon siap dibina sepenuhnya. Mungkin hanya menunggu kelulusan penuh dari kerajaan untuk digunakan. Saya sempat membawa Adam menikmati pemandangan di Bukit Merah Lake Town Resort. Mungkin sekarang dia belum mengerti apa-apa. Tapi, bila besar nanti saya tetap mahu dia menghargai daerah di mana Tokwan, Tok dan saya pernah membesar suatu masa dahulu.










2 comments:

  1. bestnye'aku xpernah msk lagi B.M lake town ni
    nnt bwk la aku..huhu syarul tu kan kalo blk kg dok perap kt umah jek
    tension aku
    hahahaa

    ReplyDelete
  2. Bleh2..nti kalo blk kg time yg sama kita bwk bdk2 kecik berdua tuh jln2...

    ReplyDelete