Thursday, May 3, 2012

03.05.2012

Salam semua,

03.05.2012 apa kena tarikh ini dengan diri saya. Sempena tarikh inilah saya tetiba berkeinginan untuk membuat blog sendiri. Sebenarnya dah lama teringin nak berkecimpungan dalam dunia bloggers nih. Almaklumlah..kalau ada masa lapang..selalu sangat dok baca blog2 kengkawan yang lain. Kengkadang terlalu asyik sehingga mengabaikan tugas-tugas yang lain.

Kalau diikutkan saya rasa masa saya sangat terhad. Dengan menguruskan anak yang masih kecil. Hal2 rumah tangga. Kerja opis yang sentiasa bertimbun. Ulang alik dari rumah ke tempat kerja melalui NKVE atau LDP dari Shah Alam ke Damansara pon susah membazir masa melebihi 1 jam setiap hari. Tetapi, demi 03.05.2012 akan kutekadkan hati meneruskan penulisan di dalam blog baru ini. Ecehhhh..harap2 blog ini tak terkubur separuh jalan sahaja.

Actually 03.05.2012 adalah tarikh lahir diriku yang ke.........hehehehe. Insyaallah kita akan berkongsi lagi dengan cerita2 yang lain. Stay tune ;-D

No comments:

Post a Comment