Wednesday, June 13, 2012

Bengkel Jahitan Anjuran Ustazah Pilihan, ASTRO, Bank Islam Dan MARA

Sabtu dan ahad lepas saya berpeluang menyertai Bengkel Sulaman Manik dan Reben yang dianjurkan oleh Astro sempena program Ustazah Pilihan dengan kerjasama Bank Islam dan MARA. Memang rezeki saya takala diberitahu oleh kakak ipar tentang bengkel tersebut. Bengkel dijalankan selama 3 hari bertempat di Masjid Negeri Selangor. Saya hanya berpeluang mengikuti kelas selama 2 hari sahaja. Itu pun sangat-sangat bersyukur kerana tiada lansung bayaran yang dikenakan. Bahan-bahan disediakan dan setiap peserta juga diberi sijil penyertaan.

Memang bengkel tersebut sangat-sangat menarik dan harus dijalankan lagi dilain masa. Hahaha..harusla kan kalau sudah free. Sape yang taknak. Alhamdulillah, saya berpeluang belajar teknik-teknik baru untuk sulaman manik, dan belajar benda baru bagi sulaman reben. Hasil kerja tangan tersebut sangatlah menarik sehingga membuatkan saya terfikir untuk berhenti kerja dan mahu menjadikan ia sebagai pekerjaan sepenuh masa. Insyaallah, mungkin suatu hari nanti. Sekarang perlu memantapkan diri dengan pelbagai lagi ilmu yang berkaitan dengan fesyen, jahitan, sulaman dan seumpama dengannya.

Gambar saya paparkan pada entry selepas ini yer kerana saya kehilangan kabel USB ;-(




3 comments:

  1. kalau free, roger aku sama...hihihihi...

    ReplyDelete
  2. wahh pegi gak ko ek
    bile mau jmp wei
    rindu nk gosippppp

    ReplyDelete
  3. semenjak aku kena campak kat luar..susah btol nak bertenet..dugaan2..nti kalo ada lagi kelas gtu aku roger hang bada...syana..meh la lepak2 di s alam..

    ReplyDelete