Friday, June 8, 2012

1st TIME TRY TUTTI FRUTTI

Ini kisah hari Isnin. Orang lain berhempas pulas mencari rezeki. saya boleh berjimba bersama sanak dan saudara. Actually Isnin tadi untuk sesetengah company kan Public Holiday. Company En Husband keje pon cuti. Saya yang memang dari last week sakit tekak yang luar biasa telah diberi cuti rehat oleh doktor. Ingatkan sakit tekak jek..rupanya sudah ada tonsil. Patutla perit sangat sampai menyebabkan demam. 

Selepas balik dari klinik terasa semangat nak menjahit pulak. Tapi En Husband ada urusan diluar. Jadi cuba-cuba memujuk kakak ipar kot2 boleh diajak berjimba bersama. hehehe..akhirnya beliau setuju..yessssss...destinasi yang dituju adalah ke Jackle Seksyen 7. Hajat hati mahu memborong cotton murahan jek. Tapi yang murahan pon RM40.00. Jadi dapat beli sehelai jer untuk tujuan menajamkan skill menjahit. Ate baru pergi kelas menjahit. Haruslah mempraktiskan bakat tersebut ;-)

Selesai di Jackle kami singgah di Tutti Frutti. Upah untuk kakak ipar dan anak-anaknye kerana menemani saya ke Jackle. Sikecik Adam pon tidak terkecuali merasa kenikmatan aiskrim yogurt tersebut.



Adam, Maklong & Abg Ujang

1 comment: