Wednesday, June 27, 2012

Adam - 10 Months

Wah..rasa dah berzaman tak hupdet..biasala kalau dah gaji week..harusla berhempas pulas demi memastikan RM display discreen ATM Machine tepat 30hb ;-b

Semalam besday hubby yang ke-31. Tiada apa-apa sambutan yang dibuat kecuali 2 slices cake bought from secret recipe. Tetiap tahun beli 2 slices kek gtu jek. Tahun lepas ada la masak2 sikit & panggil kwn hubby datang makan. Tapi tahun nih belum tentu sebab chef busy dengan aktiviti menjahit sampaikan pernah terlupa untuk memasak makanan adam diwaktu pagi. Pity adam dapat mama cenggini..hehehe.

Actually xde apa nak diceritakan. Sekadar mengisi kesepian blog ini. Adam bakal menginjak usia 10 bulan esok. Kalau ikut bulan memang dia dah 10 bulan tapi saya lebih suka kira ikut tarikh dia lahir. Sikecik adam yang makin menjadi-jadi nakalnya sudah makin ligat bergerak menyulur kehadapan. Tak nampak macam mahu merangkak tapi amat gemar memanjat. Amatla peramah orangnya mungkin kesan mulutku yang rajin bercakap semasa mengandung dulu ditambah pula ayahnya yang memang perlu bercakap dengan client2 beliau.

Walau tidak dapat menjaga adam sepenuh masa, mama sentiasa doakan adam membesar menjadi anak yang sihat dan berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah.

 Latest pic adam - 25.06.2012 sempena besday ayah..smile ;-D

 Selepas potong rambut







3 comments:

  1. big boy da :)

    amboiii nk pulun sume puting ke??
    hahhaa

    ReplyDelete
  2. ish...ish...budak kecik ni
    tak handsome la isap puting banyak2 macam tu
    mahunya mengucap panjang tok dengan wan kat kampung tengok gambaq adam ni

    ReplyDelete