Wednesday, November 19, 2014

Maksud Let Down Reflex (LDR) di dalam penyusuan.

Pernah tak semasa ibu-ibu bila tengah menyusukan bayi, tiba-tiba rasa berdenyut-denyut di payudara dan susu mula menitis di payudara sebelah lagi. Pada ketika ini susu akan mengalir dengan lebih laju dan biasanya bagi bayi yang baru lahir, LDR boleh menyebabkan mereka tersedak.


Bagi ibu-ibu yang bekerja dan mengepam susu di tempat kerja, kita akan nampak susu memancut-mancut keluar semasa proses LDR berlaku. Masa tuh mood kita biasanya akan berubah lebih happy sebab cepat jek botol penuh kan :-D.

Jika si ibu yang menyusu tidak mengalami perasaan seperti ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan luar, tiada ruang private, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih ataupun sakit. Jadi, bila ibu-ibu hendak menyusukan, carilah tempat yang anda ada ruang bersendirian lebih private dan selesa.

Sebelum memulakan sesi mengepam pula, urut-urut lah payudara agar dapat mempercepatkan atau memberangsangkan let down reflex. Pam susu moden yang canggih-canggih sekarang pon sudah tersedia dengan massage technique. Pengalaman saya sekarang sebagai EP mom, saya biasanya dapat mencapai LDR yang pertama seawal 1 minit dari saat mula mengepam.

Kadang-kadang semasa mengepam ada yang dapat 2 - 3 kali let down reflex. Setiap orang mempunyai cara capai LDR yang tidak sama. Satu hint adalah apabila payudara mengeras dan terasa merenyut-renyut, sila fokus dan concentrate pada mengepam dan pada masa yang sama anda akan terasa relax dan pada ketika itu susu akan keluar dengan banyak.

Jadi, pastikan anda betul-betul mengosongkan payudara sebelum berhenti mengepam. Tempoh mengepam yang disyorkan adalah dari 15 - 30 minit.

No comments:

Post a Comment