Bagi anda yang sudahpun disahkan mengandung, pasti teruja untuk 
mengetahui bagaimanakah perkembangan bayi di dalam kandungan.
Di sini saya kongsikan maklumat tentang perkembangan bayi serta diri 
anda sepanjang tempoh kehamilan dan anda juga boleh saksikan video perkembangan janin di dalam rahim ibu untuk lebih memahami apa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Minggu 1
Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan  mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Minggu 2
Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali  dalam tempoh sehari.
  Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu.  Setelah itu,  
blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.
Minggu 3
Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah  sepanjang 2 mm. Gen
  janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan  yang akan 
 bergabung.
Minggu 4
Minggu 4
Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung.   Panjang embrio lebih 
kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah  bentuk  awal otak dan 
tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah  ke paru-paru dan  
aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada  jantung).
Minggu 5
Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan  hanyalah  
matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga   
dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
  Saiz  embrio sudah mencecah 4 mm.
Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan  minggu paling sesuai untuk
  anda menjalani ujian air kencing yang boleh  menentukan sama ada anda 
 hamil ataupun sebaliknya.
Minggu 6
Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.  Di akhir minggu  
ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar  
menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah  juga terbentuk. Saiz  
embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya  hanya dapat  
dilihat melalui ujian imbasan.
Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness,  bau-bau tertentu akan  
membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah  menjadi 
 lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
Minggu 7
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung,  bibir, lidah dan giginya  
dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya  kian berkembang. 
 Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir  terbentuk  
sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika  anda berdiri terlalu  
lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak,  anda juga  
mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi   
pastikan anda mendapat rehat secukupnya.
Minggu 8
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya  
dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang.  
Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk  
sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu  
lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga  
mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi  
pastikan anda mendapat rehat secukupnya.
Minggu 9
Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas  
kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran  
kira-kira 3 sm.
Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap  
pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi  
lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri  
perhatian khusus kepada kebersihan gigi.
Minggu 10
Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang 
 di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi 
bentuknya  belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, 
saiz fetus  ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.
Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan  
membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini 
 sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang 
 lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.
Minggu 11
Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi,  
sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu 
ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang  
ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada  
minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.
Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah  
berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika  
ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan 
perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar  
kemusykilan anda dapat dileraikan.
Minggu 12
Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu  
ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya  
sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap 
terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu  menghisap ibu 
jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya  menukarkannya menjadi 
urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini 
ialah 6.5 sm manakala beratnya  pula 20 gm.
Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat  
badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini  
anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya.  
Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi 
 himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.
Minggu 13
Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula  
berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa  
menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya 
supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia  lahir 
nanti.
Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari  
bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna  
puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih  
gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai  
matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga  
berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh  
mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 
 60 gm.
Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang
  sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu  
bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda 
kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu  
menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah  
dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam
  erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan 
keluarga  pergi bercuti sebelum melahirkan.
Minggu 15
Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih  
panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu
  juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi
  anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas  
didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi  
perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya  
kira-kira 100 gm.
Minggu 16
Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula  
diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk  
mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh 
 diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm  
panjang dengan beratnya 135 gm.
Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira.  
Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa  
pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi  
anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna 
 gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin 
menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.
Minggu 17
Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. 
 Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah 
mempunyai  cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan 
berat sekitar  185 gm.
Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal  
hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda 
 rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami  
sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami 
 wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.
Minggu 18
Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun  
mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula  
peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah
  terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi
  kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm  
dengan beratnya 235 gm.
Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa  
yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal 
 ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak 
seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke  dalamnya. Selain itu, 
lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang  trimester kedua ini, 
anda akan dapat mengesan beberapa perubahan  sampingan yang ketara pada 
tubuh selain daripada pertambahan berat badan.
Minggu 19
Bayi Anda
Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika  
ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama,  
tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah  
menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.
Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian
  abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya.
  Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, 
semua  itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.
Minggu 20
Bayi Anda 
Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit 
bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam 
kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.
Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar  dan anda kini telah kelihatan sama 
seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat
 hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak
 menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu 
hati bukan suatu yang asing.
Minggu 21
Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa 
pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda 
diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil 
berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat 
menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 
390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.
Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil 
daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah 
untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk 
yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih 
bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan 
menerima kehadiran cahaya mata.
Minggu 22
Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka  
bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda 
 melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan 
 mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi 
untuk menyalurkan oksigen  ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 
sm dengan berat kira-kira  410 gm.
Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar  
oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa,  
cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat 
tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika  anda ada cara 
lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah  waktu terbaik 
untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang  dialami tidak 
berlarutan.
Minggu 23
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki,  
skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam  
ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini
  akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya  
semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini 
 berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.
Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa  
tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti  
mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang.  
Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.
Minggu 24
Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca  
pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun  
hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar 
 kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 
gm dengan panjangnya 33 sm.
Tubuh anda
Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. 
 Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat 
badan  yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak 
selesa,  pastikan kasut yang sesuai.
Minggu 25
Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks.  
Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif  
belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang  
wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu 
 banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda  
sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.
Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya
  kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci
  kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan,  
sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.
Minggu 26
Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula 
 membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan 
 membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi  
anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.
Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak  
nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga  
semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting 
untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda  
rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
Minggu 27
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.
Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.
Minggu 28
Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila 
 masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi  
pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat 
badannya kini mencecah 900 gm.
Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair
  likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum 
tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa  melekit. Pada 
usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua  untuk melihat
 tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia  positif, 
bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.
Minggu 29
Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut.  
Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh  
sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan 
 ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan  
mencecah 38 sm.
Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga
  akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat 
sama  ada dengan duduk atau berbaring.
Minggu 30
Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat  
badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.
Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan 
 terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda  
menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
  
Minggu 31
Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya.  
Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses  
perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan 
memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula  berasa sakit jika 
kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi  kepada lebih selesa.
 Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.
Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda  
tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda  
rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu  
ketat dan panas.
Minggu 32
Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan  
membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau  
bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks  
untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala  
ukurannya mencapai 40.5 sm.
Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Minggu 33
Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan  
paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini  
berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.
Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat  
badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda  
digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku 
sebarang masalah.
Minggu 34
Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya.
  Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah
  pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula  
membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg,  
Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.
Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.
Minggu 35
Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak  
bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini  
meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.
Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik  
bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan  
risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan 
keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. 
Bersiap sedia dari sekarang.
Minggu 36
Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak  
terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya  
tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi
  kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar  
menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.
Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat
  tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan  
pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Minggu 37
Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon  
yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.  
Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.
Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan
  sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua  
soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang  
berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di  
gunakan ketika di bilik bersalin.
Minggu 38
Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi  
sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5  
sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat
  badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.
Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin.
  Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak  
membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan  
tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat  
digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
Minggu 39
Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.
Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun 
 begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan 
fikiran  dan bersiap sedia untuk ke hospital.
Minggu 40
Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan  
menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau  
caesarean, kelahiran mesti dilakukan.
 
No comments:
Post a Comment