Wednesday, December 5, 2012

Cuti-Cuti Malaysia


Saje nak share kisah cuti-cuti Malaysia sepanjang tahun 2012. Nak update selalu terasa malasnya. Maka kita masukkan terus dalam 1 entry ;-D.

1. Raya 2012 - Port Dickson

Turn Raya 2012 adalah sebelah Taiping. Jadi balik sehari sebelum raya sehingga raya ke-2 sahaja. Petang raya ke-2 terus zassss ke Shah Alam. Esoknya siap-siap bertolak ke Tampin (Kg. Wan Adam). 1st time beraya di tempat orang. Makanan tidak jauh berbeza dengan di Taiping cuma mereka lebih menggemari masak lemak dan asam pedas. Disebelah petang terus ke Port Dickson menziarahi Pak Itam iaitu adik kepada Ibu Mertua. Rumah beliau betul-betul berhampiran dengan tempat pelancongan Teluk Kemang yang terkenal di Port Dickson. Kiranya ini adalah 1st experience Adam melihat keindahan laut dan pantai yang terbentang luas. Kalau melihat gambar-gambar di bawah, terpancar wajah sikecik yang cemas bila dibawa mencecah air laut. Mari kita layan gambar-gambar yang saya sekadar ambil di Facebook.











2. Jalan-Jalan di Zoo & Muzium Taiping

Raya Haji kami masih disebelah Taiping sebabnya 2 tahun sebelum ini saya menyambutnya di Shah Alam. Rindu betul dengan Sup Tulang air tangan mak. Disebabkan sambutan Aidiladha tidaklah semeriah sambutan Aidilfitri, jadi raya ke-2 memang sudah awal-awal plan untuk membawa Adam jalan-jalan di Zoo Taiping. Actually dia pernah sampai di sini, cuma masa tuh beliau masih terlalu kecil iaitu sekitar usia 4 bulan. Jadi masih belum pandai untuk mengenali haiwan-haiwan yang terdapat di Zoo. Jadi, kuranglah keseronokkanya. Bila anak dah besar begini baru terasa excited untuk dibawa berjalan-jalan. Tak banyak gambar yang diambil kerana sikecik terlena diseparuh jalan semasa Tram membawa mengelilingi Zoo tersebut. Sabo jek la..dah bawak berjalan tido plak dia. Ngam-ngam bila masuk kereta dia kembali terjaga. Jadi untuk tidak menghampakan beliau kami melawat Muzium Taiping. Saya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Muzium tersebut sementalah, ayah beliau juga amat meminati barangan purba tinggalan sejarah lama. Bagi saya tiada yang menarik di Muzium Taiping. Berkemungkinan barangan-barangan yang lebih berharga tersimpan di Muziam Perak yang terletak di Kuala Kangsar.






3. Family Day (In Law Side) - Lumut Perak.

 Percutian terjadi sekadar selepas borak-borak kosong bersama kakak-kakak iparku. Disebabkan penghujung tahun biasanya hujan akan turun mencurah-curah dengan lebatnya, jadi banyak tempat-tempat percutian dipersisiran pantai akan ditutup khususnya di Pantai Timur dan Selatan Malaysia. Oleh itu kami memilih Lumut sebagai destinasi percutian hujung tahun 2012. Resort pilihan adalah Marina Cove Teluk Batik Yang terletak betul-betul di persisiran pantai. Bagi percutian keluarga sebegini dengan budget yang sederhana, bolehlah menginap di Apartment 3 bilik seperti ini. Disediakan juga Water Theme Park untuk kanak-kanak bermandi-manda dengan bayaran yang sangat berpatutan. Percutian 2 hari 1 malam, tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Hari ke-2 kami sekadar menaiki feri ke Pangkor untuk membeli hasil laut Pulau Pangkor tanpa mengelilingi Pulau tersebut akibat kesuntukkan masa. Juga sekadar membawa Mak Teh yang belum pernah kesana. Mungkin akan datang saya boleh membawa anak-anak mengelilingi pulau tersebut. In Sha Allah.







No comments:

Post a Comment