Thursday, May 8, 2014

Vitamin Shaklee Untuk Pesakit Thyroid

Hari ini nak cerita pasal penyakit Thyroid sebab my elder sister adalah seorang penghidap penyakit ini. Selepas penat berubat sana-sini secara tidak lansung beliau ada mengambil supplement Shaklee yang pada asalnya untuk tujuan lain. Amazingly, Thyroid yang beliau alami sejak sekian lama semakin mengecil. Alhamdulillah. Jom baca apa itu penyakit Thyroid.



apa itu thyroid?





Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 



Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 



Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.


Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. 


T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. 
 
Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. 



Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks. TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.





Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid


Antara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah : 

Perempuan

Genetik 

Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain 

Usia lebih 60 tahun 

Merokok 





Jenis penyakit thyroid

Ada 2 jenis sakit thyroid yang utama :  


1.Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis

hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
Bengkak di leher
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Gementar dan gelisah, terketar-ketar
Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Penumpuan kurang
Mata menjadi besar (bulging)
bad mood
Kejang otot
Oesteoporosis (kereputan tulang)
Pengeluaran peluh banyak, bertambah. 
Kulit lembap
Suhu badan naik, tak tahan panas
Rambut rontok
Sukar bernafas
Sukar tidur
Tekanan darah naik
Turun berat badan walaupun selera naik
Lemah 
2.Hypothyroidism

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup


Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism
Badan rasa lemah
Daya ingatan menurun
Hilang indera rasa dan bau 
Kadar pengepaman jantung perlahan 
Kulit jadi kuning – lesu, pucat 
Kulit kering 
Masalah kesuburan 
Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi) 
Muscle cramp dan bengkak 
Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period) 
Percakapan lambat 
Pertambahan berat badan 
Rambut rontok
Rasa mengantuk 
Rendah nafsu seks 
Sakit kepala 
Sembelit 
Suara menjadi serak 
Tak tahan sejuk 

(sumber http://suplemen-thyroid.blogspot.com)

Cara Rawatan

Pesakit yg mengalami penyakit hipotiroidisme mudah dirawat tapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin perlu diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid dalam badan.

Pesakit yg mengalami hipertiroidisme pulak perlu diberikan iodin beradioaktif untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid yg terlebih tu. Pembedahan jugak boleh jadi alternatif kepada rawatan hiper ni. 

Memandangkan ada 2 jenis tiroid ni kan, maka kalau kita nak ambil suplemen pon kena tengok2 jugak. Jangan semberono.

Untuk yg HIPERTIROIDISME

Boleh la cuba VIVIX Shaklee dan ESP Shaklee


Vivix ni kan digelar tonik ajaib Shaklee. Bagusnye vivix sebab vivix repair terus ke sel dan DNA. Cakap banyak pon orang tak suka. Meh tengok testimoni pesakit tiroid yg cuba vivix ni.
Tak perlu makan ubat tiroid lagi. Kan berbaloi tu? Vivix ni dah la bagus untuk kecantikan. Sambil2 rawat tiroid, cantik sekaligus. Baru boleh jadi Ayu Raudhah. Sebab dia kan makan vivix ni. Hehe.


ESP ni mengandungi protein soya non GMO yg ada estrogen. Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan. Jadi, untuk yg ada hipertiroidisme tadi eloklah ambil ESP untuk kurangkan rembesan hormon tiroid.

 
Untuk HYPOTIRIODISME:






1)  VITA-LEA IRON FORMULA

multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink

- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)

- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)

- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid

- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)






2) VITA-E COMPLEX

kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi

- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)

- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)



Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk natural dari Shaklee, boleh hubungi saya di:-


Ilia Ramazan ( ID|927006 ) 
FB Page : Green NutreeShop
Tel/sms/whatsapp : 019-658 0811
COD : Shah Alam, Klang & Petaling Jaya.



No comments:

Post a Comment