Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Berbuka di Uncle K Seksyen 13 Shah Alam

Salam semua..cehhhh..mcm la ada org membaca belog ini kan??? hihi..sudah lama sangat tak update ini blog..dah nampak lelabah merayap disawang2 nun ;-)..Ok dibulan Ramadhan nih rata2 blogger updated pasal menu berbuka dan bersahurkan..saya pon tak terkecuali nak share pasal menu berbuka.

Normally saya akan masak untuk berbuka puasa. Tapi xde la sempat nak mengambil gambar makanan bagai sebabnya habis masak cuma ada masa untuk mandi. lepas tuh terus waktu berbuka. Ate sampai rumah pon dah lewat..memang hari2 la berpencak silat di dapur.

Antara menu2 yang saya dah masak antaranya adalah Laksa Johor, Spagetti Bolognese, Kuew Teow Sup, Nasi bersama aneka lauk pauk. Kuih-muih biasanya suami beli di Bazar Ramadhan. Favorite beliau adalah murtabak. Makanye kuih murtabak jek yang terhidang di depan mata. Saya pula tidakla mengidam macam2 sebab tak mahu membazir.

Lepas gaji tempoh hari tunaikan hajat untuk belanja suami. Mula2 beliau tidak mahu. Katanya tak perlu membazir duit makan di luar. Tapi saya berkeras juga sebab alasan bosan makan air tangan sendiri sahaja setiap hari. Akhirnya beliau setuju dan tempat yang dituju adalah di Seksyen 13 Shah Alam. Senang sikit sebab berhampiran dengan rumah.

Restoran Uncle K Kopitiam menjadi pilihan. Bukan sebab menunya yang menjadi pilihan. Tapi suasana tempat makan yang sungguh best dan bersih. Suami memilih Set Nasi Bukhara kalau tidak silap dan saya mencuba kelainan dengan memilih Set Roasted Chicken with Black Pepper Sauce. Set tersebut datang bersama desert, kurma dan kordial. Jom kita layan gambar2 dibawah:-


Geng SCP Berbuka Di KLGCC Bukit Kiara

Jumaat lepas boss sangat baik hati kerana mahu belanja semua staff HQ SCP Group berbuka puasa di Kuala Lumpur Golf Club di Bukit Kiara. Lokasi berhampiran dengan INTAN dan Pusat Sains. Sesapa yang bekerja di KL sure tahu dimana Golf Club tersebut.

Sebelum ni boss memang pernah belanja di sini tapi menu adalah ala-carte, Jadi potion yang kecil sudah pasti tidak dapat mengenyangkan perut2 besar kami ini. Hehehe. Tapi sempena bulan Ramadhan ini, KLGCC menawarkan Bufet Ramadhan dengan menu masakan melayu yang sangat sedap. Dari Kambing panggang, sate sehinggalah ke kuih-muih tradisional melayu.

Disebabkan staff HQ terdiri dari pelbagai kaum..makanya lebih meriah berbanding company2 lain yang rata-rata terdiri hanya dari kalangan orang melayu sahaja. Jom kita tinjau apa yang kami makan di sana. Harga bagi saya sangat berbaloi iaitu RM68.00++ untuk member dan RM78.00++ untuk bukan ahli.








Friday, June 8, 2012

PORT LUCK DI OFFICE 1

Actually ini bukanlah kali pertama kami mengadakan Port Luck di opis. Ntah kali yang keberapa sudah. Cuma sebelum ini blog ini masih belum wujud. Jadi ini adalah entry pertama untuk Port Luck di opis. Tapi kali ini saya hanya berpeluang membeli ice cream untuk dimakan bersama kek brownese kak sue yang sungguh delicious ini. Sesapa nak try boleh terjah blog beliau di sue-hotoven.blogspot.com. Kali nih menu ringkas sahaja. Jom layan gambar2 dibawah:-












Monday, May 14, 2012

LUNCH DI RUMAH

Ini lauk 2 minggu lepas..2 kali masak kerang masak lemak cili padi yang digoreng sehingga agak kering  di dalam kuali. Agak pedas & sangat menyelerakan. Ayam sebagai pengganti ikan dimasak 3 rasa. Ada lebihan nenas yang dibeli dari kampung semasa pulang bercuti ke kampung tempoh hari. Jom layan gambar2 yang di ambil.

 Ayam masak 3 rasa.


Kerang masak lemak cili api (Masih berasap lagi..nyummyyyy)

Tuesday, May 8, 2012

GRILL LAMB & SIDE DISHES

Alkisah di suatu petang di dalam perjalanan pulang ke rumah menyusuri laluan yang sangat jammed di LDP dengan perut berkeroncong mintak diisi. Daku sibuk memikirkan menu apa yang hendak dimasak untuk diner malam nanti sambil otak ligat membayangkan menu-menu yang sedap2.

Isteri : Kak sue cakap ada steamboat murah kat Seksyen 7

Suami : Apa nama kedai steamboat tuh?

Isteri : Ntah..dia pon xtahu..lagi 1 burger yang daging sedap2 & juicy mcm dalam jalan-jalan cari makan tuh boleh dapat kat area seksyen 7 gak.

Suami : Owh..mmg ada org bgtau burger tuh ada kat ctu..seksyen 7 mmg byk tmpt makan.

Isteri : Sedapnye kalau dapat mkn stemboat or burger yg sedap2 tuh..tp tekak nih rasa nak mkn seafood or daging2 grill cicah air asam..buat Grill Lamb pon best gak nih....

Suami : Hah..ok gak tuh..pastu awk buat potato salad sekali...

Isteri : Saya up kan sekali ngan Grill seafood memandangkan haiwan2 tersebut masik byk di dalam peti ais..

Hasilnya, inilah diner kami semalam..murah dan mengenyangkan..actually dulu saya mmg xsuka lansung makan kambing..baunya saja sudah buat selera saya mati..sejak mkn kambing bakar di salah 1 even VW Cars dulu..baru tekak saya makin menyukai rasa daging tersebut.