Thursday, December 20, 2012

Perkembangan Bayi Dari 1 hingga 40 Minggu Kehamilan

Bagi anda yang sudahpun disahkan mengandung, pasti teruja untuk mengetahui bagaimanakah perkembangan bayi di dalam kandungan.
Di sini saya kongsikan maklumat tentang perkembangan bayi serta diri anda sepanjang tempoh kehamilan dan anda juga boleh saksikan video perkembangan janin di dalam rahim ibu untuk lebih memahami apa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.




Minggu 1
Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Minggu 2
Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.


Minggu 3
Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.


 Minggu 4
Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).


Minggu 5
Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.
Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.


Minggu 6
Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.


Minggu 7
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.


Minggu 8
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.


Minggu 9
Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.
Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.


Minggu 10
Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.
Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.


Minggu 11 
Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.
Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.


Minggu 12
Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.
Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.


Minggu 13
Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.


Minggu 14
Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.
Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.


Minggu 15
Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.


Minggu 16
Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.
Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.


Minggu 17
Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.
Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.


Minggu 18
Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.
Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.


Minggu 19
Bayi Anda
Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.
Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.


Minggu 20
Bayi Anda
Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.
Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar  dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.


Minggu 21 
Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.
Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.


Minggu 22
Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.
Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.


Minggu 23
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.
Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.


Minggu 24
Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.
Tubuh anda
Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.


Minggu 25
Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.
Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.


Minggu 26
Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.
Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.


Minggu 27
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.
Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.


Minggu 28
Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.
Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.


Minggu 29
Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.
Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.


Minggu 30
Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.
Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
 

Minggu 31
Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.
Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.


Minggu 32
Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.
Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.


Minggu 33
Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.
Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.


Minggu 34
Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.
Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.


Minggu 35
Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.
Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.


Minggu 36
Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.
Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.


Minggu 37
Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.
Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.


Minggu 38
Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.
Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.


Minggu 39
Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.
Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.


Minggu 40
Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.


Monday, December 10, 2012

Nikita Willy - Maafkan



Telah Tiba Waktunya..
Untukku menyatakan.
Padamu sebenarnya, apa yang ku rasa..
Maafkan hati ini yang tak bisa berhenti menyayangimu..  

Walau ku tak bisa menjadi milikmu
Juga sebagai yang tercinta
Di hidupmu.
Kekasih yang ku cinta 

Kekasih yang ku mau 
Ku tau saat ini 
Kau masih ragu..
Maafkan hati ini yang tak bisa berhenti menyayangimu.. 

Walau ku tak bisa menjadi milikmu
Juga sebagai yang tercinta..di hidupmu.
Ohhh...
Maafkan hati ini yang tak bisa berhenti menyayangimu.. 

Walau ku tak bisa menjadi milikmu
Juga sebagai yang tercinta..di hidupmu.

Friday, December 7, 2012

Testing

Saje nak testing berblogging using Samsung Galaxy Note ;-)

Wednesday, December 5, 2012

Cuti-Cuti Malaysia


Saje nak share kisah cuti-cuti Malaysia sepanjang tahun 2012. Nak update selalu terasa malasnya. Maka kita masukkan terus dalam 1 entry ;-D.

1. Raya 2012 - Port Dickson

Turn Raya 2012 adalah sebelah Taiping. Jadi balik sehari sebelum raya sehingga raya ke-2 sahaja. Petang raya ke-2 terus zassss ke Shah Alam. Esoknya siap-siap bertolak ke Tampin (Kg. Wan Adam). 1st time beraya di tempat orang. Makanan tidak jauh berbeza dengan di Taiping cuma mereka lebih menggemari masak lemak dan asam pedas. Disebelah petang terus ke Port Dickson menziarahi Pak Itam iaitu adik kepada Ibu Mertua. Rumah beliau betul-betul berhampiran dengan tempat pelancongan Teluk Kemang yang terkenal di Port Dickson. Kiranya ini adalah 1st experience Adam melihat keindahan laut dan pantai yang terbentang luas. Kalau melihat gambar-gambar di bawah, terpancar wajah sikecik yang cemas bila dibawa mencecah air laut. Mari kita layan gambar-gambar yang saya sekadar ambil di Facebook.











2. Jalan-Jalan di Zoo & Muzium Taiping

Raya Haji kami masih disebelah Taiping sebabnya 2 tahun sebelum ini saya menyambutnya di Shah Alam. Rindu betul dengan Sup Tulang air tangan mak. Disebabkan sambutan Aidiladha tidaklah semeriah sambutan Aidilfitri, jadi raya ke-2 memang sudah awal-awal plan untuk membawa Adam jalan-jalan di Zoo Taiping. Actually dia pernah sampai di sini, cuma masa tuh beliau masih terlalu kecil iaitu sekitar usia 4 bulan. Jadi masih belum pandai untuk mengenali haiwan-haiwan yang terdapat di Zoo. Jadi, kuranglah keseronokkanya. Bila anak dah besar begini baru terasa excited untuk dibawa berjalan-jalan. Tak banyak gambar yang diambil kerana sikecik terlena diseparuh jalan semasa Tram membawa mengelilingi Zoo tersebut. Sabo jek la..dah bawak berjalan tido plak dia. Ngam-ngam bila masuk kereta dia kembali terjaga. Jadi untuk tidak menghampakan beliau kami melawat Muzium Taiping. Saya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Muzium tersebut sementalah, ayah beliau juga amat meminati barangan purba tinggalan sejarah lama. Bagi saya tiada yang menarik di Muzium Taiping. Berkemungkinan barangan-barangan yang lebih berharga tersimpan di Muziam Perak yang terletak di Kuala Kangsar.






3. Family Day (In Law Side) - Lumut Perak.

 Percutian terjadi sekadar selepas borak-borak kosong bersama kakak-kakak iparku. Disebabkan penghujung tahun biasanya hujan akan turun mencurah-curah dengan lebatnya, jadi banyak tempat-tempat percutian dipersisiran pantai akan ditutup khususnya di Pantai Timur dan Selatan Malaysia. Oleh itu kami memilih Lumut sebagai destinasi percutian hujung tahun 2012. Resort pilihan adalah Marina Cove Teluk Batik Yang terletak betul-betul di persisiran pantai. Bagi percutian keluarga sebegini dengan budget yang sederhana, bolehlah menginap di Apartment 3 bilik seperti ini. Disediakan juga Water Theme Park untuk kanak-kanak bermandi-manda dengan bayaran yang sangat berpatutan. Percutian 2 hari 1 malam, tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Hari ke-2 kami sekadar menaiki feri ke Pangkor untuk membeli hasil laut Pulau Pangkor tanpa mengelilingi Pulau tersebut akibat kesuntukkan masa. Juga sekadar membawa Mak Teh yang belum pernah kesana. Mungkin akan datang saya boleh membawa anak-anak mengelilingi pulau tersebut. In Sha Allah.







Tuesday, December 4, 2012

Wayang Jom - Twilight~Breaking Dawn Part 2

Last Friday terjah ke Cathay Cineplex Damansara untuk menonton 2nd Part of Twilight Breaking Dawn. Ajak Syana sekali sebabnya dia pon addicted dengan filem tuh. Lagi pon dah lama tak lepak-lepak bersama. Teringat masa 1st time tengok cerita Twilight. Dapat tiket free dari staff On The Road. Masa tuh belum tau lagi yang filem nih akan pecah panggung. Ingatkan filem picisan ape, dah tengok sekali terus nak tengok berkali-kali. Lepas tengok wayang Twilight yang 1st saya terus mencari DVD dan boleh layan berpuluh-puluh kali tanpa jemu. Giler hebat penangan Bella, Edward & Jacob. Rasanya tak pernah miss setiap siri di wayang.

Untuk last episod saya amat-amat syorkan kengkawan pergi menontonnya. Yang pasti, Happy Ending menanti. Agak-agak ada tak lagi filem sederhana tetapi pecah panggung sebegini dimasa akan datang????



Monday, November 19, 2012

Boycott Produk-Produk Keluaran Israel

Menitis air mata ini tiap kali melihat gambar anak-anak kecil yang syahid di bumi Palestin. Bagi insan kerdil seperti kita yang tiada kekuatan untuk sama-sama berjuang di sana, masih ada harapan untuk kita sama-sama membantu saudara islam di Gaza dengan mem'Boycott' produk-produk keluaran negara yahudi Laknatullah tersebut serta sekutu-sekutunya. Sama-sama kita berusaha untuk melumpuhkan sistem ekonomi mereka. Allahuakbar...










Wednesday, October 17, 2012

DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu. 
 
Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya. Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah. Carilah R&R dalam kembara hidup ini, di sanalah tempat kita berehat seketika… sebelum berehat selama-lamanya! 

Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.   

Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Semakin kita terima hakikat ini, hidup kita akan menjadi semakin tenang. Jika tidak, kita akan sentiasa rasa arah, kecewa, dipersenda dan ditipu oleh manusia lain dan keadaan. Sebaliknya, apabila kita mula menerima hakikat dunia memang tidak adil, maka hidup kita kan menjadi lebih tenang dan harmoni.

Mengapa di dunia ini tidak ada kedailan yang mutlak? Yang baik, tidak semestinya mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Manakala yang jahat, acap kali terlepas dan bebas? Ya, inilah kaedah Allah menguji manusia, agar terserlah siapa yang benar-benar ikhlas berbuat kepadaNya dan siapa pula yang benar-benar meninggalkan kejahatan kerana-Nya jua. Inilah ujian iman.

Menerusi pengajian tauhid, yakni dalam mengenal sifat-sifat Allah, memang kita telah sedia maklum bahawa Allah swt akan memberi dan menunjukkan sifat keadilan-Nya secara mutlak dan tuntas di akhirat nanti. Manakala, di dunia ini Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara sepenuh dan menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman kepadaNya.

Lihat bagaimana nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS dan beberapa nabi yang lain telah dibunuh oleh musuh-musuh kebenaran. Sekiranya kita sebagai suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, pemimpin, pengikut… menerima layanan atau balasan yang tidak adil, biasalah. Inilah hakikat dan lumrah hidup yang mesti ditempuh. Jangan mencari yang ‘serba kena’ kerana hidup dipenuhi oleh resam yang ‘serba tidak kena’.
 Sekiranya kita berbuat baik kerana mengharapkan ganjaran, pembalasan dan ucapan terima kasih daripada manusia, tentu kita akan keewa kerana umumnya manusia memang tidak pandai berterima kasih apalagi untuk membalas budi. Memang, buat baik dibalas baik, tetapi bukan seua kebaikan dibalas di sini (dunia), ada yang Allah simpan di sana (akhirat).

Justeru, apabila Allah menyuruh manusia melakuan kebaikan atau meninggalkan kejahatan, Allah akan menyeru kepada manusia yang beriman dengan lafaz “Ya ayyuhal lazi na amanu – wahai orang yang beriman.” Begitu juga apabila Rasulullah saw menyeru untuk umatnya melakukan kebaikan, baginda sering memulakanya dengan berkata, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah…”
Banyak hikmahnya mengapa Allah dan RasulNya berbuat demikian, salah satunya ialah untuk menunjukkan bahawa mereka yang mahu dan mampu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dengan ikhlas, sabar dan istqamah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yakni, mereka yang yakin bahawa Allah Maha melihat akan perbuatan itu dan membalasnya dengan ganjaran atau seksa yang setimpal.
Allah memujuk, Nabi Muhammad dan orang-orang beriman dengan firmanNya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”
Impak daripada itu, manusia yang beriman akan menghadapi hidup ini dengan lebih tenang. Tidak banyak merungut, merengus dan marah-marah. Jika madu dibalas tuba, mereka mampu sabar dan redha. Apabila mendapat ‘limau masam’, mereka akan segera membuat ‘air limau’. Makna, sekiranya apa yang mereka terima sebagai balasan, tidak seperti yang diharapkan dan dijangkakan, mereka tidak ‘memberontak’, sebaliknya mereka mengubah hati, fikiran dan perasaan mereka untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan baik.

Apabila inginkan kejayaan, tetapi sebaliknya kegagalan yang berlaku… mereka akan berkata, “Tidak mengapa, kegagalan adalah yuran kepada kejayaan, kegagalan adalah ‘kejayaan’ yang ditangguhkan. Orang berjaya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal.”

Mereka tidak mengutuk orang lain, keadaan, diri mereka sendiri apalagi mempersalahan Tuhan. Mereka tidak akan menyesal dan kesal terhadap apa yang berlaku sebaliknya mencari tapak dan semangat baru untuk berusaha dengan lebih baik. Lalu dalam kamus orang berjaya sering tertera pengukuhan kata-kata ini: Kegagalan adalah peluang untuk memulakan semua dengan lebih baik!”

Oang yang telah menerima hakikat dunia ini tidak adil, tidak akan bemusuh dengan dirinya sendiri. Dia tidak mendera dirinya dengan kejam. Mengapa aku bodoh sangat? Mengapa aku lurus bendul? Mengapa aku boleh tertipu? Ini bukan langkah muhasabah yang membangunkan jiwa yang proaktif, tetapi satu ‘self sabotaging habit’ yang menyebabkan dirinya menjadi pasif, pesimis atau murung. Kemudian keburukan dari dalam diri itu akan meletus keluar menjadikan dirinya sebagai ‘toxic people’ yang bersifat aggresif, bersangka buruk dan marah-marah kepada orang lain.

Dalam surah Al Fatehah, Allah menegaskan bahawa Dialah Raja pada Hari Akhirat. Kalimat ini kita ulang-ulang baca pada setiap hari tidak kurang 17 kali. Semuga makna atau kehendak daripada kalimat ini meresap dalam minda sedar dan separa sedar kita, bahawa Allah akan menunjukkan kebesaran sifat Malik-Nya di akhirat, yang pada waktu itu tidak akan ada siapa yang berani mengangkat muka atau berkata-kata.

Di dunia ini, penjahat atau pelaku kemungkaran masih boleh mendabik dada dan meninggikan suara, kerana kuasa yang sementara. Dengan kuasa itu mereka menipu, menindas dan menzalimi dengan pelbagai taktik dan cara. Namun di akhirat nanti, mereka akan kaku, kelu dan membisu apabila Allah menunjukkan kebesaran dan keadilanNya. Di sana nanti barulah kebaikan akan mendapat ganjaran… bukan setimpal tetapi digandakan. Di sana jualah nanti kejahatan akan mendapat balasan… yang pedih, perit dan berganda.
Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!”

Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat:  Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat!

Ya, hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”

Dari blog GENTA RASA – Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Thursday, October 4, 2012

03.10.2012

Today is our 2nd year ANNIVERSARY. Berdoa semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi keluarga kecil kami dan memurahkan rezeki anak-anak kami. INSYAALLAH.

Tuesday, August 7, 2012

1st Time Adam di Ikea

Last Saturday adalah misi mencari baby chair Adam. Sikenit tu suka sangat menyibuk time orang nak berbuka. Makanye perlu menyediakan kerusi khas untuk beliau. Lagipon dia memang suka makan bersama-sama. Bagus juga begitu kerana sedari kecil sudah tahu nikmat makan bersama keluarga.

Jadinya lebih kurang jam 11.00 pagi kami bergerak menuju ke Ikea. Kalau pasal perabot2 baby nih yang pertama terlintas di fikiran adalah Ikea sahaja ;-D. Sampai di sana kasi breakfast sikenit tuh dulu supaya idok ler dia meragam nanti. Sekarang kerap jugak ler sikenit makan bubur McD..walaupon tak bagus untuk baby tp saya sekarang agak kesuntukkan masa untuk memasak dipagi hari.

Selesai breakfast terus menuju mencari barang yang dicari. Harga memang menepati budget. Kerusi baby tersebut cuma berharga RM65.00. Barang2 di ikea bukanlah semuanya mahal. Byk juga yang kita mampu beli. Saya sendiri memang gemar memilih barang-barang keluaran Ikea. Mungkin design yang agak berlainan membuatkan hati saya terpaut dengan produk2 tersebut.

Selesai di Ikea bergerak menuju ke Stor Padini di Ikano. Wahhhhh sungguh tak disangka, Padini tengah buat sale giler2 sehingga 70% diskaunya. Baju kanak-kanak hanya berharga RM10.00. Dapatlah saya membeli 2 helai maternity clothes dengan diskaun 70%. Sangat berbaloi2. Encik suami pula berjaya membeli 3 helai kemeja dengan Harga RM100.00 sahaja. Adam plak tdo sepanjang berada di Ikano...huh lega rasa hati. Dapatlah bershopping dengan tenang...hihi..

 Kita breakfast dulu...yummy


 Happy dapat naik si rusa..yuhoooooooo

 Cuak dengan kerusi berpusing nih ;-b

Co-Pilot yang bercita-cita nak drive kete sendiri...

Berbuka di Uncle K Seksyen 13 Shah Alam

Salam semua..cehhhh..mcm la ada org membaca belog ini kan??? hihi..sudah lama sangat tak update ini blog..dah nampak lelabah merayap disawang2 nun ;-)..Ok dibulan Ramadhan nih rata2 blogger updated pasal menu berbuka dan bersahurkan..saya pon tak terkecuali nak share pasal menu berbuka.

Normally saya akan masak untuk berbuka puasa. Tapi xde la sempat nak mengambil gambar makanan bagai sebabnya habis masak cuma ada masa untuk mandi. lepas tuh terus waktu berbuka. Ate sampai rumah pon dah lewat..memang hari2 la berpencak silat di dapur.

Antara menu2 yang saya dah masak antaranya adalah Laksa Johor, Spagetti Bolognese, Kuew Teow Sup, Nasi bersama aneka lauk pauk. Kuih-muih biasanya suami beli di Bazar Ramadhan. Favorite beliau adalah murtabak. Makanye kuih murtabak jek yang terhidang di depan mata. Saya pula tidakla mengidam macam2 sebab tak mahu membazir.

Lepas gaji tempoh hari tunaikan hajat untuk belanja suami. Mula2 beliau tidak mahu. Katanya tak perlu membazir duit makan di luar. Tapi saya berkeras juga sebab alasan bosan makan air tangan sendiri sahaja setiap hari. Akhirnya beliau setuju dan tempat yang dituju adalah di Seksyen 13 Shah Alam. Senang sikit sebab berhampiran dengan rumah.

Restoran Uncle K Kopitiam menjadi pilihan. Bukan sebab menunya yang menjadi pilihan. Tapi suasana tempat makan yang sungguh best dan bersih. Suami memilih Set Nasi Bukhara kalau tidak silap dan saya mencuba kelainan dengan memilih Set Roasted Chicken with Black Pepper Sauce. Set tersebut datang bersama desert, kurma dan kordial. Jom kita layan gambar2 dibawah:-


Geng SCP Berbuka Di KLGCC Bukit Kiara

Jumaat lepas boss sangat baik hati kerana mahu belanja semua staff HQ SCP Group berbuka puasa di Kuala Lumpur Golf Club di Bukit Kiara. Lokasi berhampiran dengan INTAN dan Pusat Sains. Sesapa yang bekerja di KL sure tahu dimana Golf Club tersebut.

Sebelum ni boss memang pernah belanja di sini tapi menu adalah ala-carte, Jadi potion yang kecil sudah pasti tidak dapat mengenyangkan perut2 besar kami ini. Hehehe. Tapi sempena bulan Ramadhan ini, KLGCC menawarkan Bufet Ramadhan dengan menu masakan melayu yang sangat sedap. Dari Kambing panggang, sate sehinggalah ke kuih-muih tradisional melayu.

Disebabkan staff HQ terdiri dari pelbagai kaum..makanya lebih meriah berbanding company2 lain yang rata-rata terdiri hanya dari kalangan orang melayu sahaja. Jom kita tinjau apa yang kami makan di sana. Harga bagi saya sangat berbaloi iaitu RM68.00++ untuk member dan RM78.00++ untuk bukan ahli.