Wednesday, June 13, 2012

Cita-Cita Dan Minat

Kalau ditanya semasa kecil dulu apakah cita-cita anda? Pasti sebilangan besar kawan-kawan lansung tidak punya impian untuk mengambil profession apa pabila besar kelak. begitu juga saya. Fikiran kosong pabila diajukan pertanyaan sedemikian. Namun apabila melangkah kealam remaja seusai sudah mengambil peperiksaan PMR emak mencadangkan agar saya mengambil kelas jahitan yang sewaktu dahulu mungkin kebanyakkannya dianjurkan oleh KEMAS. Ditambah dengan minat saya yang mendalam didalam bidang jahitan apabila turut diajar teknik-teknik jahitan asas dibawah kelas Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga). Dari situ timbulnya minat yang mendalam di dalam seni jahitan ini. Kelas jahitan saya teruskan selepas habis peperiksaan SPM sementara menunggu result keluar. Pada masa itu saya tanamkan impian untuk memiliki Butik sendiri suatu hari nanti.

Namun, impian tinggal impian. Cita-cita tersebut terkubur begitu sahaja apabila saya ditawarkan Matrikulasi Perakaunan di Universiti Putra Malaysia, Terengganu. Niat itu semakin hilang takkala saya meneruskan pengajian dengan mengambil Ijazah Pentadbiran Perniagaan di UPM, Serdang. Apabila tamat belajar, lansung saya tidak terfikir untuk terus mengembangkan impian yang saya cita-citakan suatu masa dahulu.

Kini, setelah lebih 7 tahun bergelumang dengan tugasan-tugasan di Office yang sangat memenatkan, barulah minat dan impian tersebut datang semula menyapa benak dan membisikan bilakah saya perlu membuat perubahan dan kembali menjadikan impian tersebut 1 kenyataan. Walau sudah punya zuriat yang masih kecil, itu bukan 1 halangan untuk saya meneruskan impian yang 1 ini. Semoga dipermudahkan segalanya. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment