Tuesday, April 15, 2014

Kaki Kejang Ketika Hamil? Apakah Punca dan Cara untuk Mengatasinya?


Seringkali kita terdengar beberapa rungutan ibu-ibu hamil yang mengalami kekejangan kaki pada waktu malam. Kekejangan kaki / betis sering berlaku semasa trimester kedua dan ketiga. Ianya dikatakan berlaku kerana terdapat asid yang terkumpul di dalam serat otot kaki kita. Kekejangan ini seringkali menyerang sewaktu kita dalam keadaan tidur. Ianya bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila waktu tidur lena kita dikejutkan dengan kesakitan yang berlangsung beberapa minit.

Secara teorinya apakah punca berlaku kekejangan (cramp) kaki / betis ini ?
  1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium di dalam darah. Sepertimana yang kita tahu, sewaktu mengandung / hamil, kita seringkali mengalami kekurangan nutrien sekiranya kita tidak menjaga permakanan berikutan kita berkongsi nutrient bersama si manja yang berada di dalam kandungan. Nutrien yang dikongsi akan diambil dan menyebabkan ibu memerlukan lebih nutrien sewaktu hamil.
  2. Uterus (rahim) yang semakin membesar sejajar dengan perkembangan si manja di dalam kandungan, situasi ini memberikan tekanan kepada salur darah besar pada kaki kita.
  3. Perubahan hormon ketika hamil iaitu progesterone, kadang kala memberi kesan kepada otot kaki kita semasa hamil.
  4. Perut yang semakin membesar dan bebanan berat yang semakin meningkat ketika hamil juga membuatkan otot kaki kita lebih cepat letih sekiranya berdiri dan berjalan lebih lama.

Bagaimana cara untuk melegakan kesakitan apabila mengalami kekejangan seperti ini?
  • Buat regangan kaki (stretching) dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Kesakitan akan beransur kurang.
  • Bantuan suami boleh diminta dengan mengurut otot yang kejang tadi.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Cara untuk mencegah atau mengelakkan berlakunya kekejangan kaki boleh dilakukan seperti berikut;
1.    Lakukan senaman ringan / regangan kaki sebelum tidur bagi memastikan peraliran darah serta kaki dalam keadaan lebih istirehat. Antara senaman ringan yang boleh dilakukkan ialah;
a.    Senaman Regangan Betis – berdiri satu meter (1m) daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan rapat ke dinging serta pastikan tapak kaki benar-benar melekap di lantai. Tahan selama lima saat dan ulang selama lebih kurang lima minit. Lakukan beberapa kali sehari bagi meregangkan betis.
b.   Senaman Tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki menjurus ke bawah lantai dan bergilir membengkokkan kaki ke atas selama 30 kali. Lakukan secara perlahan-lahan dan pastikan posisi anda alam keadaan selamat.
2.    Tidur dengan posisi yang tidak memberikan tekanan kepada otot betis seperti;
a.   Gunakan bantal untuk menyokong tapak kaki anda ketika tidur melentang.
b.      Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
3.    Mandi dengan air suam atau rendamkan kaki dengan air suam selepas penat bekerja sepanjang hari.
4.    Minum air mencukupi setidak-tidaknya 6-8 gelas sehari, begitu juga sebelum tidur.
5.  Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan amalkan pemakaian kasut yang sesuai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.
6.     Perbanyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium dan magnesium seperti pisang dan produk-produk tenusu.
 
Selepas kita mengetahui punca dan cara mengatasi masalah kekejangan kaki ini, kita hendaklah memastikan diri kita dalam keadaan sihat, tenang dan sentiasa mengamalkan diet yang seimbang serta minum yang mencukupi. Kehamilan ini merupakan saat yang indah kerana kita membawa permata hati yang semakin sihat membesar di dalam perut kita yang dibawa bersama-sama selama sembilan (9) bulan lebih. Kita hendaklah memastikan kesihatan dan keselesaan ketika hamil dititikberatkan bagi memastikan waktu hamil ini merupakan satu saat yang terindah dan memberikan 1001 cerita yang penuh kesyukuran.
Sekiranya ibu-ibu diluar sana mencari apakah produk yang boleh membantu memberikan sumber kalsium dan magnesium tambahan kepada anda ketika hamil, SHAKLEE ada menawarkan produk yang diberi nama OSTEMATRIX. Ostematrix boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda, Dengan sebiji tablet ostematrix ianya bersamaan dengan segelas susu tinggi kasium atau bersamaan 80 biji buah badam.




Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk natural dari Shaklee, boleh hubungi saya di:-


Ilia Ramazan ( ID|927006 ) 
FB Page : Green NutreeShop
Tel/sms/whatsapp : 019-658 0811
COD : Shah Alam, Klang & Petaling Jaya.

Thursday, March 13, 2014

Kebaikan Nutriferon Shaklee Tingkatkan Imuniti

Kebaikan nutriferon shaklee adalah terbukti secara klinikal SELAMAT, BERKESAN DAN 100% SEMULAJADI. Bagi yang ahli keluarga, anak-anak yang kerap demam, jatuh sakit dan juga selesema bolehlah mencuba kebaikan nutriferon shaklee yang sememangnya meningkatkan kembali imuniti tubuh kita.




KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE YANG TIADA BANDINGAN

Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi, nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara kebaikan Nutriferon adalah:-

1.  Kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
     Jadi dapat membantu:-
     a. Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang.
     b. Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit 
          melebihi seminggu
     c. Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan

2.  Bantu lawan kanser dan tumor otak
Polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan 
immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.

3.  Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi
Polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi 
dijalankan.

4.  Melindungi dari Influenza, Selesema
Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara, 
berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza

     Jadi nutriferon sangat bagus untuk:-
     a. Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca 
          tidak menentu, jerebu dll
     b. Sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai 
         @ melancong, berada di luar negara dll

7.  Meringankan stress dan Kelesuan
Rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan, 
stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk

8.  Melambatkan penuaan
Formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda

9.  Mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C
Keberkesanan kebaiakn nutriferon shakleedalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll

10. Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
Gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon.

12. Mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid  
Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin  seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka.

13. Bantu dalam pemulihan penyakit;-
       a. Lepromatus (kusta), 
       b. Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan 
           organisma yang dikenali sebagai protozoa) & 
       c. Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit).


FAKTA MENGENAI KELEBIHAN NUTRIFERON SHAKLEE

1. Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima. 
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun pada julung kalinya Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi

2. Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan. 
Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon Shaklee selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

3. Dr.Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia 
Nutriferon Shaklee sehingga kini tidak boleh didapati dimana-mana kedai
@peniaga selain. Shaklee yang mana produk nutriferon ini telah dipatenkan oleh Shaklee.

4. Nutriferon Shaklee mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi 
Nutriferon Shaklee berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Formula yang digunakan dalam pembuatan nutriferon adalah 100% semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.

5. Kelebihan nutriferon shaklee adalah terbukti secara klinikal 
Dapat menyokong dan meransang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular

6. Terbukti dengan 4 ujian klinikal terhadap manusia 

7. Interferon banyak digunakan dalam bidang perubatan 
Sebagai suntikan interferon untuk merawat penyakit hepatitis.

KEPENTINGAN INTERFERON DALAM BIDANG PERUBATAN IMMUNOLOGI

Dalam bidang immonologi, interferon berperanan penting sebagai agen pertahanan dalam badan untuk melawan jangkitan virus. Merupakan sebahagian daripada sistem imun dalam badan yang tidak spesifik yang perlu diransang pada peringkat awal jangkitan virus sebelum sistem imuniti dalam tubuh mempunyai masa untuk bertindak balas melawan virus. 

Terdapat dua jenis nutriferon iaitu:-

a. Interferon-alfa (leukocyte interferon) dihasilkan oleh leukosit dijangkiti  virus, dll.
b. Interferon-beta (fibroblast interferon) dihasilkan fibroblas yang dijangkiti oleh virus, atau sel-sel epitelium 
   dijangkiti virus, dll.


ATURAN PENGAMBILAN NUTRIFERON YANG DISYORKAN

a. Nutriferon digalakkan diambil bersama Vitamin C.
b. Untuk memelihara kesihatan yang terbaik: 1 peket sehari (tuang ke dalam mulut terus @ campur dengan 
    minuman panas mahupun sejuk mengikut citarasa sendiri pada bila-bila masa sahaja
c. Bagi yang sedang melawan dan mendapatkan rawatan influenza dan kanser - disyorkan  ambil 2-3 peket 
    nutriferon sehari


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk natural dari Shaklee, boleh hubungi saya di:-


Ilia Ramazan ( ID|927006 ) 
FB Page : Green NutreeShop
Tel/sms/whatsapp : 019-658 0811
COD : Shah Alam, Klang & Petaling Jaya.

Wednesday, March 5, 2014

10 Fungsi & Kebaikan Ostematrix Shaklee


Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.


10 fungsi & kebaikan ostematrix shaklee
===============================

1. Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan. 
 
 


2. Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3. Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4. Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5. Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6. Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8. Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
*Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.*

9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

10. Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
 
 


Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat.
  
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk natural dari Shaklee, boleh hubungi saya di:-


Ilia Ramazan ( ID|927006 ) 
FB Page : Green NutreeShop
Tel/sms/whatsapp : 019-658 0811
COD : Shah Alam, Klang & Petaling Jaya.

B-Complex ( Vitamin Untuk Mengurangkan Stress)

Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.  B Complex Shaklee juga mengurangkan stress dan risiko penyakit-penyakit kronik.

 

 

Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres
B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.
Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 
Vitamin B5~ mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya 
Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual
Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit
Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 

Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.
Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.
Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 
Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.
Tetapi, harus diingat bahawa pengambilan berlebihan pun tidak bagus sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita. Itu sebabnya Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dengan melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.

Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ?
1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2)Melawan TekananB Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3)Membantu TumbesaranB Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan Mata B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6)Mengurangkan risiko mendapat anemiaB Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7)Meredakan Senggugut B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8)  Mengurangkan risiko mendapat Perleche B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.


Apakah Kesan Utama Akibat Kekurangan Vitamin B ?

1) Keletihan.
2) Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria.
 
3) Lemah Ingatan
4) Sakit Lidah

5) Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat

6) Anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa.  
7) Masalah Kulit (Skin Lesions)

8) Insomnia - gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur. 

   

9) Jantung Membesar

Kesimpulannya, B Complex Shaklee adalah cara semulajadi untuk melawan stres/tekanan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Di harapkan dengan perkongsian di atas, mampu memberikan anda sedikit maklumat tentang keperluan dan akibat kekurangan Vitamin B.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk-produk natural dari Shaklee, boleh hubungi saya di:-


Ilia Ramazan ( ID|927006 ) 
FB Page : Green NutreeShop
Tel/sms/whatsapp : 019-658 0811
COD : Shah Alam, Klang & Petaling Jaya.